Monday, April 18, 2016
#PRNSarawak : Kesilapan Empangan Bakun tidak akan diulangi di Pan Borneo Highway
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan memastikan bahawa kesilapan yang berlaku
pada Projek Empangan Hidro Bakun tidak akan diulangi dalam pembinaan Pan
Borneo Highway.
Beliau berucap di pelancaran lebuhraya Fasa ke-4 yang menghubungi
antara simpang Bintangor ke Jambatan Sungai Kua, berkata hanya
kontraktor yang benar-benar layak sahaja yang akan dipilih untuk kerja
pembinaan tersebut.
“Projek Bakun bukan dilaksanakan ketika pemerintahan saya. Oleh itu,
saya tegaskan agar kita tidak mahu melakukan kesilapan yang sama
(seperti yang terjadi) pada Bakun berikutan ianya diberikan kepada
kontraktor yang tidak layak.
“Untuk projek Lebuhraya Pan Borneo ini, kita hanya akan memberikannya
kepada kontraktor yang boleh dipercayai untuk melaksanakan tugas
tersebut,” katanya.
Projek Empangan Bakun itu, yang hanya berjaya disiapkan lewat 18bulan
dari tarikh asal, juga menunjukkan peningkatan kos pembinaan dari RM6
bilion kepada RM15 bilion.
Najib menyatakan beliau tidak mahu rakyat melabel Lebuhraya Pan
Borneo sebagai projek mega kerana ini hanya akan menakutkan mereka.
“Projek ini membawa makna yang lebih luas kerana
kontraktor-kontraktor bumiputra tempatan kelas F juga bakal menikmati
manfaat darinya. Ini akan memupuk sifat menjiwai terhadap hak mereka ke
atas projek itu,” katanya.
Sebanyak 78 kontraktor bumiputra Kelas F telah menerima sijil
lantikan mereka untuk melaksanakan projek yang bernilai RM533 juta
daripada RM 1.7 bilion jumlah keseluruhan daripada fasa ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment