Monday, April 18, 2016
#PRNSarawak : PKR Sarawak ‘Kecut Perut’ Dengan DAP
Ketua pembangkang Sarawak, Baru Bian nampaknya ‘kecut perut’ sekarang.
Pengerusi PKR negeri itu dikatakan tidak berdaya lagi melawan kerenah
DAP yang menuntut 10 lagi kerusi untuk ditandingi DAP dalam pilihan
raya negeri itu 7 Mei ini.
Barangkali ada asasnya tuntutan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen itu.
PKR diperuntukkan 49 kerusi dalam pilihan raya negeri 2011, tapi hanya menang tiga kerusi. DAP diberi 19, menang 12 kerusi.
DAP bukan sahaja tidak percaya kepada PKR, malah pada PAN juga. Dalam
hati Chieng Jen mungkin terdetik, kamu (PAN) baru setahun jagung
kononnya gantikan Pas, ada hati pula mahu bertanding 10 kerusi.
Cuba lihat Pas bertanding lima kerusi dahulu pun kalah semuanya.
Sebab itu pemerhati politik Sarawak tidak hairan dengan ‘ugutan’
Chieng Jen kepada PKR. Kalau PKR tidak setuju, katanya, akan terjadi
pertandingan tiga penjuru.
Baru Bian yang bernasib baik menang kerusi di Ba’kelalan sebelum ini, dikatakan dalam dilema.
Nak harapkan PAN memberi sekurang-kurangnya satu kerusi pun agak
mustahil. Sebab belum pun nak bersaing dengan Barisan Nasional, undi
mereka pasti dirampas oleh Pas yang ada sedikit pengalaman dalam
politik negeri.
Hendak mengharapkan kompromi dan komitmen daripada kepemimpinan
pakatan harapan di Semenanjung memujuk Chieng Jen, barangkali ‘jauh
panggang dari api’. DAP Sarawak telah diberi kuasa kuasa autonomi oleh
DAP Semenanjung.
Mahu mengharapkan Anwar Ibrahim seperti mana kelibatnya dalam kempen
pilihan raya dulu sehingga terpaksa berlalu di depan tuai rumah panjang
kerana isu jam omeganya, ibarat mimpilah kerana dia kini dalam penjara.
Lagipun ramai pemimpin pembangkang tegar dari Semenanjung dilarang
memasuki Sarawak demi mengekang sikap taksub dan gelagat tidak harmoni
mereka.
Baru Bian yang pernah ‘dimahkotakan’ oleh kaum dayak sebagai bakal
Ketua Menteri jika pembangkang merampas tahta kerajaan negeri pada
pilihan raya lepas, kini tidak lagi mampu bersuara seperti dulu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment