
Monday, April 18, 2016
#PRNSarawak : Mawan Tidak Tolak Kemungkinan Kembali Sertai SPDP

Bekas Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak
(Teras) Tan Sri William Mawan Ikom tidak menolak kemungkinan beliau akan
kembali menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) selepas
pilihan raya negeri Sarawak ke-11.
“Ketika ini, kami adalah calon langsung BN. Kembali semula adalah
sesuatu yang hampir pasti. Tidak bolehlah mengucapkan selamat tinggal
kepada parti dan tidak kembali ke pangkuannya semula. Lagi pun, semua
kami adalah di bawah BN,” katanya.
Mawan berkata demikian kepada media selepas menerima surat pelantikan
sebagai calon Barisan Nasional (BN) daripada pengerusi BN negeri Tan
Sri Adenan Satem.
Semalam, Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata
parti itu membuka pintunya kepada pemimpin Teras, termasuk Mawan, tetapi
Tiong menegaskan bahawa sekiranya Mawan ingin kembali menganggotai
SPDP, beliau perlu kembali sebagai anggota biasa.
Mawan melepaskan jawatannya sebagai presiden Teras baru-baru ini,
untuk melayakkan beliau menjadi calon langsung BN bagi kerusi Pakan.
Mengulas tentang perpaduan terbentuk di bawah BN dan kepimpinan
Adenan untuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang, Mawan berkata
gabungan itu akan menjadikan BN dan parti komponennya lebih kuat dan
mampu memenangi pertandingan itu dengan cemerlang.
“Kali ini, saya dapat melihat setiap orang dan semua parti komponen
BN bersatu dan menjadi lebih kuat, maka saya rasa kami akan mencapai
kejayaan yang amat besar,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment