Monday, April 18, 2016
Tolong Jangan Jadi Seperti 3 Senario Ini
EDITOR MENULIS...
18 APRIL 2016
Jangan buat muka macam ni…
Senario 1.
Di dalam sebuah kelas darjah 5 Anggur, terdapat seramai 30 orang
murid. Aiman menjadi ketua darjah di kelas tersebut dan Midin menjadi
Penolong Ketua Darjah.
Teringin sangat mahu jadi Ketua Darjah, Midin berkempen mahu jatuhkan
Aiman dari jawatan yang disandang. Dia burukkan nama Aiman dalam kelas
dan di depan guru. Tapi Aiman ‘tak kesah’ dan terus menjalankan tugas
sebagai Ketua Darjah dengan cemerlang.
Guru dengar masalah yang berlaku dan cuba kutip tandatangan.
Hasilnya, hanya seorang saja (Midin) yang turun tandatangan mahu Aiman
letak jawatan. Jawatan Aiman sebagai Ketua Darjah dikekalkan kerana
hanya 1/30 saja yang mahu dia letak jawatan.
Senario 2.
Di Kampung Pinang Sebatang, terdapat seramai 3,000 penduduk yang
bermastautin di kampung itu. Haji Yusof dilantik jadi Ketua Kampung,
manakala Pak Atan dilantik menjadi ketua di sebuah lorong kecil di
kampung berkenaan.
Bercita-cita mahu jadi Ketua Kampung, Pak Atan keliling kampung
menjaja cerita kononnya Haj Yusof tidak tahu buat kerja dan ‘songlap’
duit peruntukan buat jalan. Pak Atan desak Haji Yusof letak jawatan
segera.
Mendengar tuduhan Pak Atan, Haji Yusof panggil jawatankuasa kampung
bermesyuarat. Dia minta bendahari kampung, Pak Abu cerita tentang
peruntukan dan segala perbelanjaan buat jalan secara terperinci.
Haji Yusof minta 8 orang dari 10 jawatankuasa kampung termasuk kroni
Pak Atan supaya siasat sekiranya berlaku penyelewengan. Hasilnya, kroni
Pak Atan sendiri sahkan tiada penyelewengan berlaku.
Pak Atan tak mahu terima dan kutip tandatangan dari orang kampung
yang setuju mahu Haji Yusof meletak jawatan. Tandatangan tersebut akan
diserahkan pada Tuan D.O bagi mukim itu bagi mendesak Haji Yusof meletak
jawatan.
Hasilnya, hanya 30 orang saja dari 3,000 penduduk kampung itu yang
turunkan tandatangan. Jawatan Haji Yusof dikekalkan sebab hanya 1/30
saja yang mendesak beliau meletak jawatan. Pak Atan ‘lari malam’ dari
kampung tersebut sebab malu.
Senario 3.
Di sebuah negara, dianggarkan terdapat seramai 30 juta rakyat. Midin
menjadi Perdana Menteri dan Mokriz menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Mokriz tidak sabar mahu merampas kedudukan Midin untuk menjadi
Perdana Menteri. Melalui maklumat media sosial, dia mendakwa Midin
‘curi’ duit rakyat melalui sebuah syarikat GLC bernama ‘3MBD’.
Lalu Mokriz berkempen ke seluruh negara memburuk-burukkan Midin
dengan tuduhan palsu. Satu demi satu ‘tembelang’ Mokriz pecah. Tapi
Mokriz tetap buat tak tahu dan terus menyerang Midin.
Sementara itu, bapa Mokriz pula campur tangan. Dia buat deklarasi dan
kutip tandatangan untuk bantu anaknya jatuhkan Midin. Dia sasarkan
dapat kumpul 1 juta tandatangan.
Setelah setiap hari turun ke pasar
malam, pasar pagi, pasar petang dan pasar tengahari merayu simpati,
akhirnya dia berjaya kumpul 1 juta tandatangan.
Malangnya, Midin kekal sebagai Perdana Menteri kerana hanya 1 juta
dari 30 juta penduduk negara itu yang mahu Midin letak jawatan. Ia
adalah memandangkan bilangan itu hanya mewakili 1/30 saja dari jumlah
keseluruhan penduduk negara ‘antah berantah’ itu.
Moral senario.
1. Tidak perlu susah-susah buat deklarasi atau kutip tandatangan untuk jatuhkan orang yang tidak bersalah.
2. Jangan gelojoh mahu jadi ketua kelas, ketua kampung mahupun perdana menteri.
3. Jangan main politik kotor, Allah tidak redha.
4. 29/30 adalah lebih besar nilainya dari 1/30.
5. Jangan obses pada diri sendiri dengan menganggap diri betul-betul
belaka kerana kita manusia biasa yang tidak terhindar dari khilaf dan
kesalahan.
6. Banyakkan buat pahala di usia ’emas’, bukan kumpul dosa.
7. Jadilah doktor yang baik seperti Dr Zakir Naik yang menyeru kepada perpaduan, bukan memecah-belahkan jemaah atau ummah.
Gambar ini pun sekadar hiasan saja semata-mata. Tiada kena mengena dengan artikel ini.
Nota kaki : Senario-senario hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena
mengena dengan mereka yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal
dunia. Harap maklum.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment