Tuesday, June 02, 2015

Bila Yg Tak Pandai Serba Serbi Pun Nak Mengulas Juga

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/01/mahfuz-omar-Sirul-call-me.jpg
EDITOR MENULIS...
2 Jun 2015

Ada beza bila orang macam Tony Pua dan Kit Siang mengulas tentang transaksi dana RM 1 bilion yang diperolehi 1MDB dari International Petroleum Investment Company (IPIC) baru-baru ini, dengan orang macam Mahfuz Omar yang turut mengulas isu sama.

Dua ekor yang pertama itu faham transaksi itu tentang apa tapi menggunakan kefahaman tersebut untuk mengelirukan rakyat sementara Mahfuz?  Saya tak rasa bab ini ada diajar di Tingkatan 3, tahap tertinggi pendidikan Mahfuz – setakat yang kita tahu.
http://media.themalaymailonline.com/images/sized/ez/mahfuz_omar_sirul_2302n_620_413_100.jpg
Malah saya tak rasa dia faham pun perkara ini tentang apa.  Sebab itu bila baca kenyataannya mengenai isu ini, tak sepatah perkataan pelaburan pun disebut sekalipun keadaan yang diulas itu jelas menunjukkan proses biasa yang berlaku dalam apa jenis bentuk pelaburan.

Pelaburan bukan macam khidmat negara tak harap apa-apa, pelaburan mengharapkan balasan sebab setiap pelaburan mahukan keuntungan.  Ini konsep asas.  Saya hairan kenapa Mahfuz memilih perkatan ‘membantu’ dalam hal seperti ini, bukan kita sedang cerita tentang Jabatan Kebajikan Masyarakat!!

Tapi inilah dia warna-warna pembangkang.  Sekarang saya faham kenapa DAP menanti sebab untuk memutuskan hubungan dengan PAS dan sebab itu datang dalam bentuk hudud. Hudud hanya pencetusnya saja, ada banyak sebab lain lagi kenapa DAP dan PAS ni tak boleh duduk bersama.

Jurang pengetahuan yang nyata antara kedua parti ini, jelas sudah memberi kesan sekarang.  DAP mementingkan kualiti pemimpin sementara PAS menganggap, gelar ustaz saja dah boleh ulas semua benda, tak mengaji tinggi pun tak mengapa asal boleh cakap macam orang tahu isu – Mahfuz bukti yang nyata.

Ini juga masalahnya yang menyebabkan PAS sedang bergolak sebab ada desakan dari generasi berbeza dalam parti tersebut untuk PAS berubah dan dalam masa yang sama, ada juga yang mahu mengekalkan status quo yang selama ini dikatakan menjadi tunjang kekuatan PAS.

Percayalah, kalau Hadi kalah dan Ahmad Awang menang dalam Muktamar bermula hujung minggu ini, orang macam Mahfuz Omar antara yang pertama menjadi sejarah.  Silap-silap, piliharaya umum akan datang pun namanya tak tercalon.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment