Monday, June 01, 2015
Jangan Terpengaruh Propaganda Politik, Harga Barang Tak Turun Bukan Salah GST
1 Jun 2015, Kuala Lumpur : Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan
meminta orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan propaganda politik
yang bertebaran berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan kerana ianya
dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan mengambil
kesempatan ke atas isu terbabit.
Tegasnya, sepanjang tempoh perlaksanaan GST ini, beberapa masalah
telah timbul dan antara masalah utama adalah berhadapan dengan para
peniaga yang degil dan tidak beretika.
“Kita
dalam proses mendisiplinkan para peniaga. Jika mereka tidak menuruntkan
barga barang, ianya bukan salah GST tetapi salah peniaga yang degil.
Jadilah peniaga yang beretika, jika tidak beretika maka anda juga yang
akan menerima padahnya.
Ujarnya, hari ini genap dua bulan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) dilaksanakan maka tiada lagi alasan bekalan lama belum habis
daripada para peniaga. Jika tidak, bersedialah untuk berhadapan dengan
tindakan tegas.
“Masalah peniaga degil ini menjadi tugas utama Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) khasnya dan
Kastam. Tindakan akan diambil terhadap mereka ini bagi memastikan
perlaksanaan GST ini di laksanakan dengan berkesan seterusnya rakyat
tidak marah kepada kerajaan lagi dek kerana sikap para peniaga ini,”
ujarnya dalam temubual khas bersama UMNO-Online.
Tambah Ahmad yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia,
masalah sekarang ini adalah 10 peratus Cukai Jualan dan Cukai
Perkhidmatan (SST) tidak dimansuhkan malah ia ditambah dengan enam
peratus GST menjadikan ianya meningkat kepada 16 peratus.
Inilah yang menjadikan barangan yang sepatutnya turun harga sebaliknya naik.
“Ini adalah satu kesalahan berat. Antara kesalahan lain adalah
sepatutnya mengenakan GST tetapi tidak dikenakan, tidak sepatutnya
mengenakan GST tetapi mengenakan GST, barangan yang kosong GST tetapi
dikenakan GST dan juga mengeluarkan resit yang tidak sepatutnya.
“Untuk pengetahuan, 815 kes telah disediakan kertas siasatan oleh
KPDNKK, 44 kes sedang dibawa ke mahkamah, 203 kes sudah disiapkan kertas
siasatan dan tiga kes sudah dibawa ke mahkamah,” ujarnya.
Selain itu Ahmad turut menegaskan bahawa hasil daripada kutipan cukai
GST ini sama sekali bukan bertujuan untuk menyelesaikan sebarang
masalah hutang tetapi ianya dikembalikan kepada rakyat.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment