Monday, June 01, 2015
Muktamar PAS: Jawatankuasa Pemilihan Harus Contohi Sistem Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
EDITOR MENULIS...
1 JUN 2015
Menjelang
Muktamar PAS ke 61 yang akan berlangsung beberapa hari lagi sangat
signifikan kepada parti itu dengan pertandingan dua penjuru jawatan
tertinggi parti.
Kesinambungan gerakan menyingkirkan Hadi Awang pada pemilihan yang lalu, kini menuju puncaknya.
Melihat kepada jadual Muktamar kali ini,
pemilihan parti merupakan agenda ketiga dari enam agenda yang bakal
dibentangkan. Pemilihan jawatan dalam parti bakal berlangsung pada hari
Khamis, 4 Jun 2015 jam 3.45 petang. Ia dijalankan mengikut susunan
hierarki parti, proses pengundian dilakukan secara berperingkat.
Sejurus selepas tamat tempoh pengundian,
muktamar akan ditangguhkan dan disambung pada esok hari. Keputusan
pemilihan jawatan-jawatan yang dipertandingkan hanya akan diumumkan pada
keesokan pagi, jam 8.45.
Persoalannya, mengapa perlu diumumkan
sehingga keesokan harinya? Mengapa tidak diselesaikan dan diumumkan
keputusannya pada hari yang sama, seperti yang menjadi amalan
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)?
Tidak berniat untuk bersangka buruk,
namun peti undi yang dibiarkan semalaman waima kononnya diletakkan
dibilik yang dikawal oleh Unit Amal PAS atau seumpamanya terdedah kepada
sebarang bentuk sabotaj dan manipulasi. Sesiapa pun yang ditugaskan
untuk menjaganya, mereka juga tertakluk kepada arahan parti, maka apa
pun boleh berlaku.
Tidak siapa yang pernah terduga, PAS sendiri yang
menentang perlaksanaan Hudud, kan?
Itu belum diambilkira dari segi pengiraan
undi. Apakah PAS bersedia membuat kiraan undi secara terbuka di hadapan
calon-calon yang bertanding agar ianya telus dan mengelakkan
kontroversi seperti yang melanda pada pemilihan parti yang lalu?
Agak aneh kita melihat sikap PAS, yang
secara terangan turun ke jalanraya dalam dakwaannya untuk mendapatkan
pilihanraya yang adil, tetapi tidak mencerminkan apa yang dituntutnya
terhadap SPR.
Berbicara tentang ketelusan dan
akauntabiliti, mampukah PAS menyediakan standard yang sama untuk
pemilihannya kali ini? PAS jangan lupa, betapa pemilihan yang lalu
dipenuhi dengan pelbagai kontroversi akibat kelemahan perlaksanaan
proses pemilihan.
PKR terkenal dengan gengsterisme sewaktu
pemilihan parti, sehingga ada peti undi yang dibawa lari untuk menukar
keputusan undian. DAP pula masih gagal menyelesaikan pemilihan CEC dan
kiri Lim Guan Eng hanyalah berstatus Setiausaha Agung parti yang belum
disahkan.
SPR sudah memiliki prosedur pengundian
dan pemilihan yang mantap. UMNO juga telah melalui proses pemilihan yang
hampir serupa, dan keputusan dikira sebaik sahaja pengundian selesai
bagi menjamin ketelusan proses pemilihan.
PAS pula sudah berpuluh tahun menghadapi
pilihanraya, mengapa takut untuk bersikap telus dalam pemilihan parti
sendiri? PAS harus mengambil peluang ini membuktikan bahawa mereka lebih
telus dan professional dalam mengurus pemilihan jawatan dalaman parti
berbanding sekutu-sekutu mereka.
Dalam muktamar kali ini, proses
pengundian akan dibuat pada hari Khamis, sementara keputusan pada hari
Jumaat. Mungkin SPR perlu merombak sistem pengundian di negara ini
lantas mengikut sistem yang lebih “Islamik” dan digunapakai oleh Parti
Islam Se Malaysia ini.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment