Tuesday, June 02, 2015
Muktamar Pas: Pesuruhjaya PAS Perak Dedah “Rahsia” Ahmad Awang
2 Jun 2015, Ipoh : Ketokohan calon jawatan Presiden Pas, Ahmad Awang belum mampu
menandingi kredibiliti penyandangnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
khususnya mengetuai perjuangan parti.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria
berkata, tanpa niat mahu memperkecilkan harapan Ahmad, namun rekod
membuktikan bekas Pesuruhjaya Pas Perak itu antara individu yang pernah
‘menghilangkan diri’ selepas Perak kembali diperintah BN.
“Tempoh 11 bulan pada masa itu kita
memerintah tetapi tak nampak pun peranan atau track record dari sudut
kepimpinan dimainkan Ahmad, bukan saja untuk Pas bahkan dalam PR pada
masa itu di Perak.
“Apabila Perak jatuh semula kepada BN, beliau (Ahmad) menghilangkan diri,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau memberitahu, pengalaman Ahmad
selaku bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) selama 17 tahun
juga, tidak setanding dengan kehebatan Abdul Hadi yang merupakan Naib
Ketua Ulama Dunia.
“Selain menjadi rujukan politik Islam
seluruh dunia, beliau turut diberi penghormatan untuk menyelesaikan
masalah umat Islam di Timur Tengah dan Barat,” katanya.
Razman berkata, beliau turut tidak
menolak kesediaan Ahmad bertanding jawatan presiden ada kaitan sokongan
individu tertentu (tidak dinyatakan secara jelas) yang gagal
menghuru-harakan parti.
“Mungkin terpengaruh dengan dakwaan
bahawa Pas ingin bekerjasama dengan BN dan peletakan Ahmad selaku calon
itu, kononnya bagi menghalang perkara tidak berasas itu dari berlaku,”
katanya.
Dalam pada itu, Razman yang juga Yang
Dipertua Pas Lenggong, mengulangi pendiriannya yang mahu Abdul Hadi
kekal menerajui parti itu biar pun terdapat suara sumbang mahu
mengetepikan kepimpinan ulama dalam Pas.
“Tiada kewajaran dan Islam juga menyebut
selagi seseorang pemimpin itu menjalankan tanggungjawab atas nama Islam,
maka kita wajib menyokong dan mengikuti arahannya,” katanya.
Dipetik daripada sumber : Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment