Tuesday, June 02, 2015
Program Dialog ‘Nothing To Hide’ Bersama PM Akan Perjelas Isu-Isu Negara
2 Jun 2015, Kuala Lumpur : Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia
(SukaGuam) akan menganjurkan program Dialog Perdana Menteri Bersama NGO
pada 5 Jun ini bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) bermula jam 9 pagi sehingga jam 12 tengahari.
Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, objektif utama
program ini adalah untuk memperjelaskan isu-isu semasa negara kepada
rakyat secara langsung oleh Perdana Menteri.
“Kami berharap agar program ini dapat merungkai persoalan serta mampu
untuk memperbetulkan persepsi rakyat berkenaan isu-isu yang timbul
berhubung kait dengan pentadbiran kerajaan.
“Adalah tidak adil jika rakyat hanya mempercayai sesuatu isu tersebut
dengan berdasarkan maklumat dari sebelah pihak saja dan diharapkan
program ini dapat menjadi platfom penjelasan serta mengeratkan lagi
hubungan NGO dengan kerajaan,” ujarnya kepada pemberita dalam satu
sidang akhbar di pejabat SukaGuam bertempat di Wangsa Maju hari ini.
Tambah beliau, program ini akan diadakan secara sesi soal jawab di
mana perwakilan daripada NGO yang hadir berpeluang untuk mengemukakan
sebarang persoalan khususnya berhubung isu-isu semasa tanahair secara
terus kepada Perdana Menteri, selari dengan tema program iaitu ‘Nothing
To Hide’.
“Kita memilih tema ‘Nothing To Hide’ ini adalah untuk memperlihatkan
bahawa kerajaan sentiasa bersikap telus dalam menjawab segala persoalan
tentang apa juga isu-isu negara termasuk isu 1MDB, GST dan sebagainya.
Tidak ada apa yang mahu kerajaan sorokkan dari pengetahuan rakyat.
“Harapan kita melalui program sesi soal jawab ini mampu untuk
memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan melalui
segala jawapan yang diberikan oleh PM yang akan menjawab
persoalan-persoalan daripada wakil-wakil NGO yang hadir,” kata Khairul
lagi.
Tambahnya lagi, program ini merupakan sebuah program terbuka dan boleh dihadiri oleh sesiapa sahaja pun.
“Setakat ini kita telah menjemput seramai 1500 orang daripada
pelbagai latar belakang pertubuhan.
Kita juga akan menghantar surat
jemputan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir untuk menghadiri
program ini.
“SukaGuam menganjurkan program ini selaras dengan latar belakang kita
sebagai NGO yang berasaskan undang-undang dan kita ingin berikan
peluang melalui dialog ini agar kedua-dua pihak yang mewakili rakyat dan
kerajaan untuk berbincang dan serta memberikan hujah masing-masing.
“Sekiraya program ini berjaya dan mendapat sambutan yang
memberansangkan, kita merancang untuk menganjurkan program yang sama ke
seluruh pelusuk negeri yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri,”
jelasnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment