Thursday, June 11, 2015

Kilang Panel Solar : Dap Dan Kuncu-kuncunya Main Politik “Kunci Mulut”

11 Jun 2015, Pulau Pinang : Politik ‘kunci mulut’?. Mungkin itulah istilah yang amat sesuai diberikan kepada parti Dap, ujar Ahli Dewan Negara dari Pulau Pinang, Senator Norliza Abd. Rahim.

Menurut beliau lagi, Dap adalah sebuah parti yang sering mendabik dada kononnya demokratik, telus dan adil tetapi sering membuat keputusan tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

“Sebagai contoh, dapat dilihat dengan keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang yang meluluskan pembinaan kilang panel solar di Batu Kawan tanpa terlebih dahulu mengambil kira keselamatan rakyatnya.
lim-guan-eng-dap-tutup-kunci-mulut
“Mengapa Dap terus ‘mengunci mulut’ diam seribu bahasa apabila melibatkan pembinaan kilang Jinko Solar itu?,” soal beliau.

“Di sinilah kita diperlihatkan wajah sebenar mereka yang sering canang kononnya sentiasa mengamalkan ketelusan dan akauntabiliti tetapi dalam masa yang sama mereka langsung tidak mempraktikkannya, ujar Ketua Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang itu lagi.

Tegas belaiu lagi inilah sikap hipokrit Dap di mana dahulu begitu lantang menolak pembangunan kilang Lynas di Kuantan kononnya atas alasan kesihatan dan keselamatan alam sekitar.

“Pelbagai cara mereka menghasut rakyat, daripada mengunakan media sosial hinggalah membuat demontrasi menggambarkan sisi negatif kilang tersebut.

“Walhal saintis dari parti pembangkang, Dr Che Rosli Che Mat dari Pas telah menjelaskan bahawa operasi kilang pemprosesan nadir bumi tersebut adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat, tetapi yang ini mereka cuba sembunyikan fakta,” tegasnya kepada UMNO-Online.

Hasil kajian didapati bahan nadir bumi adalah unsur penting dalam industri elektronik terutama sekali untuk penghasilan barangan seperti Ipad, komputer, Galaxy Tab, kipas helikopter, telefon mudah alih, turbin angin dan lain-lain.

Malah mengikut data ekonomi, sebahagian besar bahan nadir bumi diimport dari China bagi memenuhi 90% hingga 97% permintaan industri elektronik di seluruh dunia yang semakin berkembang pesat.

Norliza seterusnya turut menimbulkan persoalan adakah mereka ini pemimpin yang bertanggungjawab dengan bersikap ‘talam dua muka’ kononnya mengaku sayangkan alam sekitar tetapi menyepikan diri menyembunyikan fakta bahawa proses penghasilan dan penyimpanan bahan sisa melibatkan bahan kimia yang berbahaya dan toksik daripada membuat solar panel mempunyai risiko yang tinggi kepada kesihatan.

Ini terbukti apabila syarikat yang sama terpaksa menutup kilang setelah mendapat protes yang hebat dari penduduk-penduduk di wilayah Zhejiang China, tambahnya lagi.

“Di manakah pejuang-pejuang alam sekitar yang dahulu begitu lantang bersama Dap menentang Lynas tetapi kini senyap terhadap kilang solar panel?,” soalnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment