Thursday, June 11, 2015

Tindakan Saman Tepat Untuk Ajar Pemimpin Dap Henti Budaya Fitnah

11 Jun 2015, Kuala Lumpur : Pemuda UMNO Pulau Pinang melihat tindakan yang bakal diambil oleh Pengerusi Amanah Raya Berhad, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berhubung dakwaan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Ak mengenai agensi berkenaan sebagai satu langkah tepat.

Ketuanya Rafizal Abdul Rahim berkata tindakan tegas seumpama itu amat penting supaya mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya melemparkan pelbagai berita yang tidak sahih dengan tujuan mengelirukan rakyat.

Menurut beliau sudah tiba masanya tindakan seumpama itu dilakukan bagi mengekang budaya yang tidak sihat kerana akhirnya bukan sahaja persepsi malah pelbagai tafsiran akan timbul gara-gara cerita yang dilontarkan itu.
laporan-polis-sprm-pdrm-pulau-pinang-penang-ketua-pemuda-umno-rafizal-abd-rahim
“Sampai bila…sampai bilakah rakyat dimomokkan dengan pelbagai cerita sensasi. Memang sedap didengar namun bukankah akhirnya bakal memberi kesan negatif terhadap pihak yang ditohmah itu.

“Budaya yang selalu dimanipulasi oleh sesetangah pihak perlu dihentikan dan perlu dikekang. Apa yang bakal diambil oleh Pengerusi ARB, Datuk Seri Reezal itu adalah satu langkah yang tepat.

“Ini bagi memberikan pengajaran kepada pihak-pihak lain yang kadangkala kita melihat sudah semakin sebati dan makin seronok dilakukan gara-gara dengan satu tujuan untuk menimbulkan kesangsian rakyat terhadap kerajaan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Dilaporkan Pengerusi Amanah Raya Berhad (ARB) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik berhubung dakwaan beliau yang syarikat itu memberi pinjaman RM2 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas beliau dilantik pengerusi pada 1 Januari tahun lepas.

Pada masa yang sama, beliau yang juga ahli Parlimen Kepala Batas, turut menafikan dakwaan Ng itu, menyifatkannya satu tuduhan yang berniat jahat bertujuan merosakkan kredibilitinya.

Rafizal seterusnya menambah budaya tohmah membuta tuli bukanlah perkara pelik yang diamalkan oleh pembangkang.

“Sebab itu bagi kita kepantasan Pengerusi ARB dalam soal tersebut cukup cepat. Inilah yang sepatutnya bagi mengelakkan kekeliruan terus berpanjangan dan yang menjadi mangsa kelak adalah rakyat dan kerajaan itu sendiri.

“Kita percaya motif pembangkang adalah satu…menimbulkan keraguan dan kegelisahan yang berpanjangan rakyat terhadap kerajaan hari ini,” katanya lagi.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment