Wednesday, June 03, 2015

Najib Berdialog Dengan Wakil NGO Jumaat Ini

3 Jun 2015, Kuala Lumpur : Wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara berpeluang mengutarakan pelbagai soalan mengenai isu-isu semasa dalam Dialog bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Putra (PWTC) Jumaat ini.
https://lh3.googleusercontent.com/Xx3sVf8TL-Czy4aTkwdH0V667nJSf4JQzxcl-dYPtrzIKPW3sE5XH2HihjgqsJVrNzPINlp9TIXYmCZqIg
Sesi soal jawab bertemakan Nothing To Hide anjuran Pertubuhan Sukarelawan Malaysia (SukaGuam) bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari akan dihadiri oleh 1,500 wakil NGO daripada golongan belia, profesional, kepenggunaan hinggalah di peringkat akar umbi.

Presiden SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Ibrahim berkata, inisiatif penganjuran sesi dialog tersebut bagi memberi peluang kepada aktivis dan pihak NGO bertukar pandangan dan mendapatkan kebenaran mengenai isu yang dibangkitkan di dada akhbar dan media sosial.

Katanya, pelaksanaan program dialog ini bertujuan untuk memperjelaskan segala kemusykilan mengenai pelbagai isu yang timbul seperti kepimpinan kerajaan, ekonomi dan semasa.

“Kami sedar beberapa isu sedang hangat diperkatakan, sehubungan itu, program tersebut menjadi platform kepada masyarakat untuk bertanya apa sahaja soalan terhadap pihak kerajaan.

“Selain itu, melalui penganjuran sesi soal jawab ini, rakyat dapat melihat ketelusan pihak kerajaan dalam menjawab segala persoalan yang diajukan,” katanya pada sidang media penganjuran program Dialog Perdana Menteri bersama NGO di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Khairul yang turut menjadi moderator pada sesi soal jawab tersebut, melihat penganjuran program ini dapat merungkai segala persoalan dan mengubah persepsi rakyat ber­kenaan isu-isu yang timbul membabitkan kerajaan.

“Program ini juga mampu memulihkan kembali keyakinan masyarakat serta menangkis tohmahan-tohmahan jahat dari pelbagai pihak terhadap kepe­mimpinan kerajaan,” jelasnya

Dipetik daripada sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment