Monday, June 01, 2015
PKR dan DAP Mampu Berjuang Tanpa PAS – Guan Eng
2 Jun 2015, Kuala Lumpur : DAP dan PKR akan tetap meneruskan perjuangan
dalam pakatan pembangkang walaupun Pas mengambil keputusan menarik diri
pada pemilihan parti itu, Khamis ini.
Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan, Lim Guan Eng berkata,
beliau tidak dapat menghalang perkara tersebut berlaku jika itu yang
dimahukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kalau Abdul Hadi mahu bawa PAS keluar daripada pakatan pembangkang, beliau boleh berbuat demikian. Kami tidak bimbang.
“Jika kita terpaksa berjuang sendirian, maka kita akan lakukannya.
Kita boleh berdiri di atas kaki sendiri,” katanya seperti yang dipetik
dalam sebuah portal hari ini.
Menurut Guan Eng, selain terdapat kemungkinan menarik diri daripada
pakatan pembangkang, pemilihan PAS nanti akan turut menyaksikan
berlakunya perpecahan dalam parti itu sendiri.
Beliau bagaimanapun mengaku dan menyedari bahawa terdapat sebahagian
pemimpin PAS yang masih mahu bekerjasama dengan DAP dan terus ingin
kekal dalam pakatan pembangkang.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment