Wednesday, June 03, 2015

Sarawak Akan Terus Menyokong Najib – Adenan

3 Jun 2015, Kuching : Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak.

Adenan, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, hari ini juga sambil meraikan Hari Gawai, kita mempertunjukkan sokongan kita kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHFdpU8x7J8d11ua9NrSDoxV7bLx7m0fNyFTFpJB8LbrCFAgTfADCYcMq8j1eoD-uUon2pclcfeP2vG-5rc4MgH6-qVXeF4Gz4N_XwiywvBHmZsTR1Oe0VYpiQiV2AxkvfA_Kh5bPgurQ/s1600/adenan-satem-300x199.jpg
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Perayaan Hari Gawai 2015 di Dewan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di Jalan Ong Tiang Swee di sini sebentar tadi.

Kepada Perdana Menteri, Adenan berkata, “Look to your right, look to your left, look behind you .. you are not alone.”

“Dan ini hanyalah permulaan, besok (pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Perpaduan), kita akan mempertunjukkan kepada Perdana Menteri bahawa beliau sebenarnya tidak keseorangan.”

“Kami orang Sarawak tahu bagaimana bersyukur, kami orang Sarawak tahu menhargai .. Perdana Menteri sekarang (Najib) telah membantu Sarawak lebih dari semua Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini termasuk Perdana Menteri sebelum ini yang telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.”

“Inilah masa Sarawak bersama Najib dalam keadaan susah dan senang, kami akan ada bersama dengan anda (Najib), kami akan bersama anda dalam apa jua situasi.”

Adenan berkata, sokongan tersebut diberi kepada Najib kerana itu adalah tindakan yang sepatutnya dan Sarawak akan terus memberi kesetiaan.

“Jangan sesekali meletak jawatan .. teruskan khidmat anda sebagai Perdana Menteri .. kami mahu anda terus kekal sebagai Perdana Menteri.”

“Salah satu sebabnya kami memberi sokongan adalah Najib sepanjang masa memberi perhatian kepada rakyat Sarawak pembangunan yang dibawanya adalah pembangunan Lebuhraya Pan Borneo yang akan menjadi satu legasi dan di ingati.”

Majlis tersebut yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Patinggi Najib Tun Abdul Razak bersama isteri Datin Sri Rosmah Mansor turut diserikan dengan kehadiran lebih dari dua ribu orang.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Micheal Manyin merangkap Pengerusi Majlis Makan Malam Perayaan Gawai Dayak 2015, Timbalan Ketua Menteri Dato Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Haji Fadillah Yusuf, Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Hajah Nancy Shukri, menteri-menteri dan ahli dewan undangan negeri. 

Dipetik daripada sumber : sarawakiana.net

No comments:

Post a Comment