Monday, June 01, 2015
Syarikat Fail Tuntutan Bayaran Balik GST Mampu Dikenali Mengikut Kaedah Sebenar Atau Sebaliknya - Ahmad Husni
1 Jun 2015, Ipoh : Sebanyak 57,598 syarikat yang mendaftar Cukai Barang 
dan Perkhidmatan (GST) memfailkan tuntutan bayaran balik bagi bulan 
pertama setakat ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni 
Hanadzlah.
Beliau berkata syarikat yang ingin mendapatkan bayaran balik perlu 
memfailkan tuntutan selewat-lewatnya esok dan sekiranya gagal, Jabatan 
Kastam Diraja Malaysia akan mengeluarkan notis peringatan kepada mereka.
“Setakat
 ini, sebanyak 379,086 syarikat mendaftar dengan GST dan daripada jumlah
 itu, bagi bulan pertama, sebanyak 75,000 syarikat perlu memfailkan 
tuntuan balik GST. Setakat ini 57,598 syarikat telah memfailkan tuntutan
 itu.
“Saya berharap syarikat yang belum memfailkan pembayaran balik GST 
akan dapat memfailkannya esok,” katanya kepada pemberita di sini hari 
ini.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan peruntukan keseluruhan 
sebanyak RM438,000 kepada 44 badan bukan kerajaan serta Persatuan Ibu 
Bapa dan Guru di sini.
Ahmad Husni berkata apabila tuntutan difailkan, pihak 
bertanggungjawab ke atas pencukaian tersebut boleh mengenal pasti sama 
ada syarikat mengikut kaedah sebenar atau sebaliknya.
“Kita akan menyemak kos pengeluaran dengan margin sesebuah syarikat 
itu selepas syarikat memfailkan tuntutan bayaran balik GST,” katanya.
Beliau berkata syarikat yang mendaftar GST perlu memfailkan tuntutan pembayaran balik pada setiap bulan.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment