Wednesday, June 03, 2015
Talian Hayat Terakhir Malaysiakini Untuk Bantu Pro DAP?
EDITOR MENULIS...
4 JUN 2015
Undian
populariti awam yang dikeluarkan oleh Malaysiakini berhubung pemilihan
untuk jawatan tertinggi di dalam pemilihan ahli jawatankuasa pusat PAS
telah mendapat pelbagai maklum balas dari peminat politik tanahair.
Ada yang menyokong, tidak kurang pula yang tersenyum sumbing melihat telatah portal pro pembangkang itu.
Bagi saya, apa yang sedang dibuat oleh Malaysiakini bukanlah atas faktor “syok sendiri” semata-mata. Ia lebih daripada itu.
Pertama, saya merasakan keputusan
undian tersebut bertujuan untuk mempengaruhi perwakilan, terutamanya
dari kawasan yang bertindak untuk berdiam diri dan tidak mencalonkan
mana-mana individu untuk pemilihan parti. Strategi “feel good factor”
digunapakai untuk mempengaruhi golongan sasaran agar turut serta dalam
kumpulan yang paling popular ternyata bukanlah sesuatu yang asing.
Buktinya, Anwar Ibrahim juga menggunakan
pendekatan yang serupa, dalam kisah temberang 16 September dan juga
menjelang PRU13 yang lalu. Tujuannya ialah untuk mempengaruhi golongan
atas pagar, atau golongan “tunggu dan lihat”.
Kedua, ia adalah tindakbalas dari
keputusan Dewan Pemuda PAS yang menyaksikan golongan pro ulama PAS
menang besar. Saya pasti, waima sebelum keputusan diumumkan secara
rasmi, para pemerhati sudah mampu menduga kemenangan Nik Abduh,
berdasarkan sambutan dari kalangan perwakilan sendiri. Pastinya
kemenangan pro ulama PAS ini memberi kemenangan moral untuk pemilihan
ahli jawatankuasa pas pusat hari ini.
Sentimen ini perlu dikekang dengan
harapan impaknya tidak besar kepada perwakilan yang lain.
Apa yang kita perlu faham ialah, pengundi
yang mengundi dalam pungutan suara tersebut tidak mewakili suara
perwakilan. Malah, tidak mustahil ianya boleh dibuat secara terancang
demi tujuan dan maksud tertentu.
Di samping itu, tentunya akan ada
pengundi dari kalangan PKR dan DAP, yang sudah pasti memilih untuk
menyokong calon-calon yang pro DAP atau PKR, berbanding golongan ulama
PAS yang cenderung memilih untuk mempertahankan perjuangan parti.
Maksudnya hanya satu, iaitu mencuba
untung nasib untuk mempengaruhi golongan sasaran. Jangan terkejut, jika
selepas ini PAS dilabel sebagai tidak mesra “netizens” apabila pro ulama
PAS menguasai senarai ahli jawatankuasa pusat kelak.
Melalui keputusan yang disiarkan, mungkin
sahaja Malaysiakini mahu memberitahu kononnya ramai yang mahukan PAS
dipimpin oleh pemimpin yang pro Pakatan.
Kita serahkan kepada kebijaksaan perwakilan untuk tentukan untung nasib parti mereka pula.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment