Sunday, May 15, 2016

Lagi Tanah Rezab Melayu Akan Di Tukar Hak MILIK dI Sekinchan

Pagi tadi bertempat di Bagan Sekinchan telah diadakan satu taklimat khas kepada penduduk Cina Bagan Sekinchan berkenaan hak milik tanah yang mereka duduki secara haram lebih 50 tahun.

Ng Suee Lim, Adun Sekinchan membawa bersama Pegawai Daerah Sabak Bernam dan Juruukur Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam untuk memberikan sedikit taklimat ringkas berkenaan isu pendudukan secara haram oleh kaum Cina di Sekinchan.

Kehadiran lebih kurang 200 orang iaitu penghuni rumah di kawasan Bagan Sekinchan.

Mengikut rekod, pada tahun 2010, lebih 100 buah rumah yang berada di Lorong 1 hingga 5 telah ditukar hak milik Tanah Rizab Melayu kepada tanah kediaman dengan memberikan geran hak milik tanah kepada Cina yang mendiami kawasan tersebut.

Dan pada hari ini, Ng Suee Lim berjanji akan menyelesaikan baki Lorong 6 hingga 12 yang mempunyai lebih kurang 80 buah rumah Cina untuk diberikan geran hak milik kekal kepada mereka.

Apa yang Melayu dapat mengundi DAP? Ada dapat tanah macam mereka? 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment