Thursday, May 05, 2016

Pejabat Peguam Negara ‘Tutup Kes’ Dakwaan Akuan Bersumpah Palsu Phang Li Khoon

Setakat ini belum pasti apa implikasi keatas isu banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan tanah Taman Manggis.

Ini berikutan Pejabat Peguam Negara telah membuat keputusan tidak akan ambil tindakan terhadap pejual banglo itu,Phang Li Koon atas dakwaan membuat akuan bersumpah palsu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab beritahu wartawan selepas satu majlis di Georgetown pagi Rabu bahawa beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu dua hari lalu.

Katanya Pejabat Peguam Negara putuskan tutup kes itu.

Phang dalam surat akuan bersumpah baru-baru ini dakwa dia tidak ada urusan perniagaan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kontroversi timbul bila dia didakwa jual banglonya di Jalan Pinhorn dibawah harga pasaran.

Phang dakwa jual beli itu atas dasar kerelaan penjual dan kerelaan pembeli.

Beberapa laporan polis telah dibuat kerana timbul keraguan keatas jual beli itu dna juga akuan bersumpahnya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment