Monday, May 16, 2016
Pemuda AMANAH Tibai Pemimpin Harapan Berlagak Baik
Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) mengingatkan pimpinan Pakatan
Harapan mengenai keperluan memartabatkan integriti pembangkang dalam
persediaan berdepan pilihan raya kecil di Sungai Besar and Kuala
Kangsar.
Ketuanya, Sany Hamzan dalam kenyataan berkata, rundingan berterusan
parti-parti dalam HARAPAN mengenai calon-calonnya akan menjadi ujian
kritikal demi meraih kepercayaan rakyat untuk dilihat berkemampuan
menggantikan BN dan melaksanakan perubahan menyeluruh.
“Suka atau tidak, pertembungan antara parti-parti komponen Pakatan
Harapan semasa pilihan raya negeri Sarawak sudah tinggal menjadi sejarah
dan tidak harus diulangi oleh mana-mana parti,” jelasnya.
Beliau merujuk kepada kekalahan teruk HARAPAN akibat pertembungan antara DAP dan PKR di enam kerusi.
Sany, bagaimanapun, menyedari kemungkinan berlakunya pertandingan tiga
penjuru antara HARAPAN, BN dan PAS, dengan sokongan blok ketiga bersama
Parti Ikatan Bangsa Malaysia.
“Rakyat bukan bodoh. Adalah sukar untuk mereka menerima pemimpin yang
mengecewakan majoriti rakyat dengan membenarkan parti-parti dalam
Pakatan Harapan untuk bertembung di Sarawak, sekarang ‘berlagak baik’
dan cuba menghalang pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAS.
“Apa sebenarnya mesej politik yang pemimpin ini cuba sampaikan? Terus
cuba mengganggu Pakatan Harapan atau apa?” kata Sany tanpa menamakan
sesiapa.
Sany, sementara itu, turut menekankan AMANAH patut diberikan peluang untuk bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Antara lain, beliau turut berkata kerusi yang majoritinya Melayu menjadi
platform yang sesuai buat AMANAH untuk melebarkan pengaruhHARAPAN.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment