Thursday, May 05, 2016
PRN Sarawak : PAS Sukar Ramal Kemenangan - Hadi
KUCHING : Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui PAS masih belum mempunyai
angka tepat berhubung jumlah kerusi yang mampu dimenanginya pada hari
pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Sabtu ini.
Sinis ketika menjawab soalan wartawan, Presiden PAS itu berkata, parti
pemerintah Barisan Nasional (BN) juga tidak pasti mengenai peluang
mereka di Sarawak.
“Kita tidak boleh confirm, termasuk BN pun tidak boleh confirm…InsyaAllah.
“Ramalan cuaca pun tidak tempat, dijangka turun hujan pun tak tentu
lagi,” katanya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS
Sarawak di sini lewat malam Selasa.
Sebelum ini Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili dilaporkan berkatam,
parti itu yakin dapat melahirkan wakil rakyat pertamanya di negeri ini
berdasarkan sambutan positif di kalangan pengundi.
Sempena PRN Sarawak ke-11, PAS meletakkan calonnya di 11 kerusi iaitu
Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro,
Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.
Daripada 11 kerusi berkenaan, PAS menentang parti serpihannya iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) di lima kerusi.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali
berkata, parti itu mempunyai peluang yang cerah berbanding Amanah.
“Kita ke depan daripada Amanah, itu maklumat yang kita terima,” katanya pada sidang media yang sama.
Ditanya mengenai kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim yang berkempen bagi pihak PAS, Abdul Hadi berkata:
"Beliau wakil rakyat bebas, berhak menyokong mana-mana parti yang
bertanding dalam pilihan raya," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment