Monday, June 06, 2016
Mufti Sambut Baik Cadangan Pindaan RUU
IPOH : Mufti Perak menyambut baik cadangan pindaan Rang Undang-Undang
(RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) yang
dibentangkan Presiden Pas di Dewan Rakyat, Mei lalu.
Tan Sri Harussani Zakaria berkata, undang-undang bagi meningkatkan
hukuman sedia ada itu adalah sesuatu yang baik untuk dilaksanakan,
sekiranya diterima semua pihak.
“Bagus jika diterima (semua pihak), orang Islam tak perlu takut dengan
undang-undang ini, hanya orang Islam yang berbuat jahat sahaja yang
perlu takut,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Radio Nurul
Quran Nusantara di Dewan Kuliah Masjid Sultan Azlan Shah, hari ini.
Kerajaan sebelum ini memberikan keutamaan untuk pindaan Akta 355
dibincangkan di Dewan Rakyat, bagaimanapun Datuk Seri Abdul Hadi Awang
memohon ia ditangguhkan ke sesi akan datang kerana kesuntukan masa.
Usul mempercepatkan perbahasan itu dibawa Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong Timbalan Menteri
Kerja Raya, Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin
bukan Islam termasuk parti kompenan BN sendiri dengan tindakan kerajaan
mengutamakan RUU yang dibawa Pas hingga ada yang mengungut untuk keluar
parti.
Harussani berkata, masyarakat bukan Islam tidak sewajarnya mencampuri urusan yang tiada kena mengena dengan mereka.
Katanya, sepertimana telah dijelaskan banyak pihak, undang-undang
Mahkamah Syariah itu hanya termaktub untuk yang beragama Islam dan tidak
boleh membicarakan orang bukan Islam.
“Semua agama pun menyuruh ke arah kebaikan, sepertimana kita tak pernah
campur urusan agama lain, tak pernah caci agama lain, jadi mereka tak
perlulah masuk campur dalam RUU ini,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment