Monday, June 06, 2016
Padan Mukanya.... Rasakan... Trio Penghasut Ditahan Mengikut Akta Hasutan 1948
Tiga individu ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.
Ini susulan laporan terdahulu mengenai penahanan aktivis Fahmi Reza atas
kesalahan menjual kemeja T #KitaSemuaPenghasut di pesta buku alternatif
KL.
Malaysiakini yang memetik Pengarah Eksekutif Institut Rakyat Yin Shao
Loong sebagai berkata tiga yang lain ditahan mengikut Akta Hasutan 1948
dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Sentul.
Tiga yang ditahan adalah penganjur acara Pang Khee Teik, aktivis masyarakat Lew Pik-Svonn dan pelukis komik Arif Rafhan Othman.
Dalam post di Facebook semalam, Fahmi berkata dia ditahan pegawai polis
di Publika, di mana acara itu diadakan dan disiasat kerana menghasut.
Kemeja T yang dijualnya dicetak dengan karikatur Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak dalam imej badut berserta slogan “Kita Semua
Penghasut”.
“Lima hingga enam pegawai polis datang booth aku tadi. Mereka rampas kad
pengenalan aku, 2 helai t-shirt penghasut dari beg aku dan juga
sepanduk lukisan muka badut.
“Menurut polis aku disiasat bawah Akta Hasutan. Aku dalam keadaan selamat. Dah sampai balai polis sekarang.”
Kelmarin, dilaporkan Fahmi dibawa ke mahkamah untuk didakwa dua
pertuduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat
naik imej ke akaun media sosialnya.
Fahmi didakwa menggunakan akaun media sosialnya untuk memuat naik imej
Najib yang diubahsuai untuk menyinggung orang lain pada 31 Januari dan
parodi notis Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang memaparkan imej
Najib yang disunting.
Kedua-dua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment