Monday, June 06, 2016
PAS vs PH: Kerajaan Lawan Kerajaan Di Selangor...
Situasi 'cacamarba' di Selangor selepas PAS yang merupakan parti utama
membentuk kerajaan dengan 13 kerusi DUN terpaksa bersaing dalam
pilihanraya kecil menentang PAN (dua kerusi DUN berasal dari PAS) PKR 13
DUN, dan DAP 15 yang merupakan gabungan membentuk kerajaan negeri
Selangor.
Yang pening adalah pegawai-pegawai kerajaan yang diminta untuk
menyalurkan bantuan itu dan ini sempena pilihanraya kecil, mana satu nak
tolong.
PAS pulak walaupun tegas dan bersedia hadapi semua risiko nak bertanding
juga di Sungai besar diam-diam berharap orang dan pemimpin PKR bantu
mereka dari belakang.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad dalam catatan facebooknya
berkata banyak pihak dalam PKR yang mahu menolong dan beliau nasihatkan
secara diam-diam supaya tidak bermasalah dengan parti.
"(Kawan-kawan PKR) bantulah PAS dalam kempen. Kami alu-alukan sumbangan
anda. Persahabatan yang telah sekian lama terbentuk tidak akan terputus
disebabkan PAN.," kata Iskandar.
Beliau turut memberitahu lebih 92,000 ahli PAS dari 800 cawangan telah
digerakkan untuk membantu parti dalam menghadapi pilihanraya Sungai
Besar.
Menurut Iskandar PAN boleh terus menyimpan harapan mereka untuk
menggantikan PAS dalam kerajaan Selangor, namun apapun keputusan dalam
pilihanraya kecil pada 18 Jun ini, PAS akan tetap bersama kerajaan dan
memegang kerusi exco dalam kerajaan negeri itu.
"PAN perlu ingat, PAS, DAP dan PKR yang membentuk kerajaan negeri pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, sebelum wujudnya PAN," katanya.
Beliau menjawab desas-desus exco PAS perlu meletak jawatan dan
digantikan dengan Amanah sekiranya undi calon Pakatan Harapan melebihi
undi PAS dalam PRK nanti.
PAS optimis hubungannya dengan PKR di Selangor tidak terjejas walaupun
parti itu menyokong calon PAN pada Pilihanraya kecil (PRK) Parlimen
Sungai Besar.
Mengambil contoh di Britain, beliau berkata kerajaan campuran parti
Konservatif dan Liberal Demokrat berjaya mengekalkan kerajaan perpaduan
yang dibina selama lima tahun walaupun bertanding dalam beberapa pilihan
raya kecil.
"Tiada masalah sebenarnya dan kita sepatutnya mempunyai kematangan politik dalam perkara ini," katanya.
Beliau mengulas kehadiran Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR pada proses penamaan calon
Amanah pada PRK Sungai Besar di Dewan Seri Bernam.
Mohamed Azmin sebelum ini tidak menghadiri majlis pengumuman calon
Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil itu pada Rabu lepas bagi
mengelakkan konflik kepentingan dalam kerajaan negeri.
Tiga anggota Exco PAS dalam kerajaan Selangor ialah Iskandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy Abdul Talib.
Pada sidang media sama, calon PAS Dr Abdul Rani Osman yang juga ADUN
Meru pula menzahirkan kekecewaannya terhadap tindakan PAN bertanding
dalam PRK itu, yang disifatkan 'mengganggu' kerusi parti Islam
berkenaan.
"Jika kita berdua mahu menidakkan kemenangan BN (Barisan Nasional), maka mereka (Amanah) tidak perlu bertanding," katanya.
Pada pilihan raya kecil 18 Jun ini, Dr Abdul Rani berdepan pertandingan
tiga penjuru dengan menentang calon BN yang juga ADUN Sungai Panjang
Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah yang juga Pengerusi Amanah Sungai
Besar Azhar Abdul Shukur.
Sementara itu, mengulas penyertaan beliau dalam PRK kali ini, Azhar
berkata 'sentuhan peribadi' merupakan pendekatan yang akan diambilnya
semasa berkempen memandangkan beliau sudah biasa mendekati masyarakat
setempat.
"Saya sudah biasa mendekati masyarakat di sini (Sungai Besar). Jadi, cara ini akan saya gunakan semasa berkempen,"katanya.
PRK Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi
itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak
pada 5 Mei lepas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment