Monday, May 16, 2016

Dendam Kesumat Dr Mahathir… Kini Sudah ‘Cukup Clear’.... Ingat Mahathir Ni Seorang Yang Hebat Sangat Kah?

Ini bukanlah satu kejutan.Namun bagi kebanyakan orang yang merasa 50-50  mengenai gerak langkah Tun Dr Mahathir Mohamad apa yang beliau kata di majlis Selamatkan Malaysia di Stadium Malawati Shah Alam Sabtu malam sudah ‘cukup clear’.

Sebelum ini kempen beliau menerusi Deklarasi Rakyat bersama puak pembangkang nampak macam terhad untuk jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak saja.

Malah berulangkali Dr Mahathir kata beliau tidak mahu BN tergugat.

Kini bekas Perdana Menteri itu sudah ‘bakar jambatan’ habis.

Beliau melangkah setapak lagi mahu BN bungkus dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Dalam erti kata lain beliau kini 100 peratus dengan pembangkang dan bersuara ala Ketua Pembangkang.

Pada majlis yang cuma dihadiri sekitar 300 orang dalam stadium yang boleh mengisi 5,000 orang Dr Mahathir meminta cuma satu parti saja berentap dengan BN pada dua pilihanraya kecil itu.

Pakatan Harapan dan PAS wajib bersatu,katanya.

"Jangan kita (pertikai) siapa calon ini, kalau pun daripada dia parti PAS dan PAS tidak bersama dengan kita tetapi yang utama mengalahkan BN untuk menunjukkan kepada Najib," kata beliau.

Ini baginya penting untuk menewaskan BN agar tidak berlaku seperti di pilihanraya negeri Sarawak dimana undi berpecah kerana pembangkang tidak berpadu.

Kalahkan BN untuk tunjuk rakyat tidak sokong Najib,katanya.

Semua orang tahu bekas Perdana Menteri itu cukup kecewa dengan kemenangan cemerlang BN di Sarawak.

Ia dikatakan menjadi tamparan hebat kepada kempennya untuk jatuhkan Najib.

Kini tiang gol sudah diubah.

Dari Sarawak…dendam hendak dibalas di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Tinjauan rambang dikalangan pimpinan BN rata-rata berpendapat kenyataan di Stadium Malawati jelas menunjukkan ‘warna’ sebenar bekas Perdana Menteri itu.

Bagi mereka ia sudah menjurus kepada dendam kesumat membara yang tidak peduli apa asal matlamat tercapai.

Namun bagi mereka ia tidak mengejutkan melihat pada riak dan rentak bekas Perdana Menteri itu kebelakangan ini.

Apa yang jadi tandatanya sekarang apakah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini dakwa beliau ‘ UMNO totok’ dan begitu juga bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan ambil pendirian sama atau tidak.

Menurut mereka sekalipun begitu halnya nanti ia juga tidak mengejutkan.

Bagi mereka UMNO/BN perlu berdepan dengan penuh tabah perkembangan ini untuk membuktikan Dr Mahathir silap langkah. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment