Monday, May 16, 2016
Mat Sabu Masih Nak Gempak... Biasalah Balaci DAP
Gempak Mat Sabu tetap kuat sekalipun mesyuarat Jawatankuasa Pusat Parti
Amanah Negara (PAN) Sabtu belum buat lagi keputusan samaada nak letak
calon atau tidak bertanding pilihanraya kecil kawasan Parlimen Sungai
Besar- Kuala Kangsar.
Kalangan wartawan yang menunggu hasil mesyuarat itu di ibupejabat PAN di
Kuala Lumpur asalnya jangka sesuatu keputusan besar akan dibuat oleh
PAN.
Namun dalam sidang akhbar selepas mesyuarat, bos nombor satu PAN itu
kata mereka serah kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk buat
keputusan.
Katanya PAN akan terima apa saja yang diputuskan oleh Majlis Presiden PH.
Beliau harap Majlis Presiden PH adakan mesyuarat secepat mungkin untuk buat keputusan.
Ibarat ding dong…baru-baru ini Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail
yang juga Ketua Pembangkang kata mereka serah kepada parti
masing-masing bincang mengenai hal itu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sudah kata DAP tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu.
Manakala PKR juga dijangka tidak.
Tumpuan kini kepada PAN saja yang memang tidak ngam dan berlaga pengaruh dengan PAS.
Pada sidang akhbar itu Mat Sabu tegas kata PAN tidak gentar untuk
berdepan dengan PAS dalam pertandingan banyak penjuru di pilihanraya
kecil itu.
Katanya PAN harap PH dapat letak calon dalam pilihanraya kecil itu.
Pada majlis makan malam PAN di Pasir Puteh Kelantan Jumaat malam,Mat
Sabu kata PH akan letak calon sama ada dari DAP, PKR atau Amanah.
Ini sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man yang mengingatkan pakatan itu supaya tidak meletakkan calon
mereka dalam PRK itu jika sekadar untuk menguji sokongan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment