Sunday, May 15, 2016
NGO Mahu Pihak Berkuasa Siasat Deklarasi Mahathir Kumpul Tandatangan
Pertubuhan Gabungan Melayu Nusantara Negeri Sembilan meminta pihak
berkuasa menyiasat dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa gerakan
‘Deklarasi Mahathir’ telah mengumpul 1.27 juta tandatangan, khususnya
yang melibatkan tandatangan secara dalam talian.
Presidennya Mustafa Abu Bakar berkata siasatan segera perlu dijalankan
oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia terhadap dakwaan gerakan itu
yang menuntut pengunduran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana
menteri.
“Kami mahukan kebenaran dan mahu tahu siapa yang berbohong dalam
menyatakan jumlah tandatangan terkumpul itu,” katanya pada sidang media
di sini, hari ini.
Menurutnya sekretariat Pakatan Harapan telah memaklumkan jumlah
tandatangan terkumpul adalah 500,000, manakala pihak Tun Mahathir
menyatakan tandatangan telah mencecah angka 1.27 juta.
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata bahawa sebanyak 1.07 juta
tandatangan dikumpul melalui atas talian, manakala 200,000 lagi melalui
pengedaran borang secara fizikal dan 50,000 lagi direkodkan di laman
sesawang alternatif Change.org.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment