Friday, May 06, 2016
Sogok Wang : Buktikan Segera Atau Dap Sekadar Main Helah Politik
KUCHING : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri
menggesa Penasihat Dap, Lim Kit Siang segera membuktikan dakwaannya
berkenaan berlakunya rasuah politik di Sarawak dan bukan sekadar
melemparkan tuduhan kosong semata-mata.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, dakwaan Kit
Siang di mana pengundi di Sarawak diberi sogokan hingga RM2000 hanyalah
helah politik Dap untuk menjatuhkan kredibiliti calon-calon Barisan
Nasional (BN) di saat-saat akhir menjelang PilihanRaya Negeri Sarawak
ke-11 esok hari.
“Jika
tuduhan ini betul berlaku maka kita minta dia buktikan dan laporkan
pada SPR dan polis. Kita tidak boleh nak menuduh mana-mana pihak tanpa
bukti. Ada juga kemungkinan pihak sana yang melakukan tetapi menuduh
pihak lain pula yang buat.
“Jadi bagi saya kalau Kit Siang rasa betul perkara ini berlaku lapor
saja kepada pihak yang berkuasa dari segi IC (kad pengenalan) ke apa
kita sebenarnya yang mengingatkan pengundi kita supaya simpan IC jangan
beri kepada sesiapa sebab kita takut perkara seperti ini berlaku”,
katanya kepada media di sini.
Pada masa yang sama beliau juga tidak pelik sekiranya pembangkang
member pelbagai alas an untuk tidak melaporkan perkara ini kepada pihak
berkuasa.
Tambah beliau sikap pembangkang sememangnya begitu apabila setiap
kali badan-badan atau agensi kerajaan seperti SPR atau Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyebelahi mereka pastinya
mereka akan mempertikai kredibiliti dan transparensi badan-badan ini.
“Pembangkang setiap kali menuduh agensi ini seolah-olah pro kerajaan
tetapi apabila agensi ini bertindak pro kepada mereka, dia tak berbunyi
pun”, ujarnya.
Menjelang hari mengundi esok YB Nancy turut berkongsi pengalamannya
yang terlibat secara langsung di sepanjang kempen di Sarawak dan
mengharapkan agar proses pengundian berjalan lancar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment