Monday, June 06, 2016
Calon AMANAH.... Kuatnya Orang Kuat DAP Yang Beri Sokongan Tu
Antara yang paling aktif ialah bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr
Mujahid Yusof Rawa yang kini bersama Amanah dan Presiden Amanah Mohamad
Sabu yang sebelum ini bekas Timbalan Presiden PAS.
Mereka berdua mengejek pakaian pendekar Melayu yang digayakan oleh para
pemimpin PAS pada majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57 di
Kelantan Trade Center (KTC) kelmarin. Mohamad Sabu atau Mat Sabu
menggelarkan parti PAS seperti Pendekar Mustar kerana menggayakan
pakaian sebegitu rupa.
Betapa gembiranya bertempat di Dewan Seri Sekinchan, para bekas
pemimpin PAS menghina dan mengejek parti yang menaikkan nama mereka di
persada politik dengan berbagai-bagai penghinaan pada Majlis
Pengisytiharan Calon PRK Sungai Besar.
Antara yang paling aktif ialah bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr
Mujahid Yusof Rawa yang kini bersama Amanah dan Presiden Amanah Mohamad
Sabu yang sebelum ini bekas Timbalan Presiden PAS.
Mereka berdua mengejek pakaian pendekar Melayu yang digayakan oleh para
pemimpin PAS pada majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57 di
Kelantan Trade Center (KTC) kelmarin. Mohamad Sabu atau Mat Sabu
menggelarkan parti PAS seperti Pendekar Mustar kerana menggayakan
pakaian sebegitu rupa.
Kata-kata beliau disambut oleh gelak ketawa para hadirin yang hadir di dewan itu yang berjumlah kira-kira 450 orang.
Ceramah Mat Sabu malam tadi juga dilihat satu ceramah yang mahu menipu
para pengundi di Sungai Besar kerana pada hakikatnya, PAS, PKR dan DAP
masih bekerjasama di Selangor dalam Exco Kerajaan Negeri. Di atas pentas
Parlimen, Amanah memperlekehkan PAS tetapi dalam Kerajaan Negeri,
mereka semua saling bekerjasama.
Dalam mengutuk PAS, Mujahid turut sama memperlekehkan pakaian berkenaan
yang turut dipakai oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
Selain itu, beliau meminta pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar
jangan mengundi PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu yang bakal
berlangsung pada 18 Jun nanti.
Mujahid berkata PAS adalah blok parti pembangkang kedua yang akan
membantu Barisan Nasional (BN) dan bukannya membantu pakatan
pembangkang, Pakatan Harapan pada PRK berkenaan.
Padahal mereka lupa PAS adalah parti yang banyak memberi ruang dan
sokongan kepada mereka sehingga berjaya dikenali dalam medan politik
sekarang ini.
Betapa mudahnya dengan berbekalkan air liur, kedua-dua bekas pemimpin
PAS yang sudah tampak lupa diri begitu senang hati mengutuk parti yang
dulu, beliau tagih sokongan undi dari para ahlinya.
Pada majlis semalam Amanah mengumumkan memilih Azhar Abdul Shukur yang
juga Pengerusi Amanah Sungai Besar sebagai calon pada PRK berkenaan
menentang calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan Calon PAS Dr Abdul Rani
Osman.
PRK Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan kematian wakil rakyat
sebelum ini iaitu Allahyarham Datuk Noriah Kasnon akibat nahas
helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment