Monday, June 06, 2016

Siapa Lagi Yang Nak Kacau Daun Di Sungai Besar Dan Kuala Kangsar?

Sehingga saat ini nampak baru satu kelibat yang sudah memekak hendak kacau daun masuk sebagai calon Bebas pada pilihanraya kecil berkembar Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun ini.

Syed Rosli Syed Harman bukan siapa-siapa dalam arus politik negara ini kecuali seorang ‘ kaki bising’ dalam UMNO.

Pengumuman ahli UMNO di bahagian Pandan,Selangor untuk mencelah bertanding di Kuala Kangsar mencetuskan kemungkinan berlaku persaingan empat penjuru merebut kerusi peninggalan Allahyarham Datuk Wan Khairil Anuar.

Syed Rosli,seorang peniaga gerai sebelum ini pernah buat perangai bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan tahun 2013.

Kata orang setakat masuk sajalah.

Satu keindahan dalam sistem demokrasi di Malaysia siapa saja boleh tawar diri bertanding jika cukup syarat ditetapkan oleh SPR.Jangan lupa wang RM10,000 perlu bagi SPR sebagai deposit untuk jadi calon.

Lawak memang lawak.Fikir balik memang berbaloi labur sekecil RM10,000 untuk jadi glamour sejenak satu Malaya sepanjang tempoh kempen hingga mengundi.

Nama keluar setiap hari di televisyen, suratkhabar  dan media sosial.

Kalau nak iklan barang untuk mendapat publisiti prime time begitu mungkin memerlukan berjuta ringgit.Boleh tanya syarikat iklan kalau nak tahu kadar sebenar.

Entah apa yang Syed Rosli mahu.Mungkin syok sendiri atau saja mau kacau daun.

Dakwa Syed Rosli dia nak masuk kerana protes calon BN dan calon PAS dua-dua orang luar.

Namun kini sudah ada orang Kuala Kangsar yang jadi calon yakni dari Parti Amanah Negara (PAN).

Dia yang kini menetap di Kuala Lumpur mendabik dada sebagai orang Kuala Kangsar.Sebaliknya ikut cerita yang tersebar dia sendiri cukup liat nak balik kampong.

Apapun sehingga jam 10 pagi Ahad 5 Jun ini bilamana tempoh penamaan calon ditutup semua orang kena mengintai di pintu pagar pusat penamaan calon Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Siapa tahu ada lagi yang nak ikut Syed Rosli ‘buat gila’.

Timbul desas desus mengaitkan nama bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng,Datuk Hamidah Osman juga nak celah masuk di Kuala Kangsar sebagai calon Bebas mewakili kumpulan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hamidah yang dipecat dari UMNO tidak memberi sebarang reaksi pada desas desus itu.

Ada sumber yang rapat dengannya ragu pada kemungkinan Hamidah nak masuk bertanding dan anggap cerita itu cuma mainan orang.

Di Sungai Besar pula masih terus sepi tentang kemungkinan adanya calon Bebas hendak masuk.

Melihat pada trend samaada piihanraya kecil atau pilihanraya umum kebelakangan ini sebenarnya ada atau tidak calon Bebas ia tidak beri sebarang impak pada pertandingan di sesuatu kawasan.

Di Kuala Kangsar sendiri pada pilihanraya umum 2013,bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Kamalia Ibrahim yang ‘merajuk’ masok bertanding kerusi Parimen.Beliau yang ada nama besar pun cuma dapat 447 undi saja.

Dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sekarang tidak ada seorang pun wakil Bebas yang menang dalam pilihanraya.

Apa yang ada cuma orang macam Tan Sri Khalid Ibrahim,bekas Menteri Besar Selangor yang dulu menang atas tiket PKR tetapi sudah keluar parti.Beliau kini Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Kelang Bebas.

Baik di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tanpa ada calon Bebas sekalipun jika pertandingan tiga penjuru calon BN-PAS-Amanah sudah cukup meriah,hangat dan mencuri perhatian ramai.

Dengan majoriti BN pada pilihanraya umum ke 13 sebanyak 1082 di Kuala Kangsar, Mastura berdepan yang tidak dapat berkempen kerana soal edah memikul tugas berat untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi Allahyarham suaminya.

Sekalipun calon PAS Dr Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli tidak begitu dikenali ramai namun mereka ada kekuatan dari segi backup jentera parti masing-masing.

Begitu juga situasi Budiman Mohd Zohdi calon BN di Sungai Besar yang kena mempertahankan kerusi peninggalan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon dengan bekal 339 undi majoriti.

Beliau kena berdepan dengan calon PAS Rani Osman dan calon PAN Azhar Abdul Shukor .

Pilihanraya kecil ini dikatakan amat menarik kerana ia melibatkan perang berbagai penjuru.

Ia bukan satu persaingan biasa antara BN dengan pembangkang.

Paling menjadi tumpuan selain samaada BN dapat mempertahankan atau tidak dua kerusi itu…tentunya sekali siapa antara PAS dan PAN yang dapat undi lebih.

Ini kerana kedua parti kini sedang sengit bersaing pengaruh.

Perang BN pula dikatakan lebih bertumpu pada kumpulan anti-Najib dipelopori oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara terbuka sudah kata mahu lihat BN tewas.

BN pasti tidak mahu jadi bahan sorakan dan ejekan mereka.

Sungai Besar dan Kuala Kangsar ialah pilihanraya kecil yang terakhir untuk penggal Parlimen pasca PRU13.

Ini kerana tempoh edah bila mana pilihanraya kecil tidak perlu diadakan jika berlaku kekosongan kerusi kerana kematian wakil rakyat atau sebab-sebab lain akan berkuatkuasa mulai bulan Jun ini.

Jika menang kalah ia akan jadi modal besar untuk pilihanraya umum ke 14 yang perlu diadakan dalam masa dua tahun lagi.

Kalah…jawabnya boleh demam tak kebah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment