Monday, June 06, 2016
Guan Eng, Tolong Beritahu Apa Yang Kami Belum Tahu
EDITOR MENULIS...
6 JUN 2016
Orang bodoh pun tahu, bila 2 parti
politik bekejar-kejar mendapat sokongan puak yang sama, parti ketiga
akan mendapat kelebihan. Dalam kes di Sg Besar, PAS dan parti
serpihannya PAN, masing-masing sedang cuba mengayat kelompok penyokong
pembangkang sama yang memberi undi kepada PAS dalam PRU13 yang dulu.
Tapi itu hanya di atas kertas. Banyak
perubahan telah berlaku dalam jangka masa 3 tahun ini, selain
faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi mood pengundi. Sebab itu
sekalipun tahu ada kelebihan, calon BN di Sg Besar, Budiman Zuhdi di
awal penamaannya sebagai calon, menganggap dirinya sebagai calon underdog.
Justeru, Guan Eng banglo diskaun ini
perlu highlight benda barulah, benda yang kita belum tahu, bukan main
perang psikologi taraf budak sekolah dengan membuat kenyataan kononnya
BN ada kelebihan di Sg Besar.
Kelebihan itu memang ada tapi banyak faktor lain yang dah berubah sejak PRU13.
Percayalah, gerak kerja BN tidak
terlalai dengan ‘kelebihan’ yang dicakapkan Guan Eng.
Kempen akan
berjalan seperti biasa, malah diperhebat lebih dari biasa kerana Sg
Besar (dan juga Kuala Kangar) akan menjadi petunjuk penting halatuju
politik negara dalam PRU14 yang akan datang.
Gagal atau berjaya mana-mana pihak
bertanding, akan mengubah lanskap politik negara, kalau tidak secara
total, tak sama dengan yang biasa. Beban bagaimanapun lebih kepada DAP
dan sekutunya, silap-silap hayat Pakatan Harapan ini lebih singkat dari
Pakatan Rakyat itu pun.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment