Monday, June 06, 2016
Tiga Penjuru di PRK Sungai Besar, Empat Penjuru Di Kuala Kangsar
Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar menepati ramalan ramai
pemerhati politik apabila menyaksikan pertembungan tiga penjuru
membabitkan calon BN, PAS dan PAN.
BN diwakili Budiman Mohd Zohdi yang juga merupakan ADUN Sungai
Panjang, kawasan DUN yang terletak dalam Parlimen Sungai Besar, manakala
PAS meletakkan calonnya, Dr Abdul Rani Osman (ADUN Meru dalam Parlimen
Kapar), dan Azhar Ab Shukur pula mewakila PAN (Parti Amanah Negara).
Pada PRU-13 tahun 2013 Parlimen Sungai Besar dimenangi BN melalui
calonnya, Datuk Noriah Kasnon dengan majoriti 399 undi mengalahkan calon
PAS, Mohamed Salleh M.Hussin.
Di Kuala Kangsar pula, SPR mengesahkan empat calon layak bertanding melibatkan calon BN, PAS dan PAN serta seorang calon Bebas.
Datin Mastura Mohd Yazid akan memikul tanggungjawab mempertahankan
kemenangan BN di kawasan tersebut, sementara Dr Najihatussalehah Ahmad
mewakili PAS.
Dua calon lain ialah Naib Ketua PAN Kuala Kangsar, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Parlimen Kuala Kangsar pada PRU-13 lepas dimenangi Wan Mohammad
Khair-il yang memperoleh majoriti 1,082 undi mengalahkan calon PAS
Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.
Sementara itu, Syed Rosli Jamalullail yang sebelum ini heboh
mencanang mahu mencalonkan diri sendiri di PRK Kuala Kangsar langsung
tidak muncul di hari penamaan calon, menepati ramalan umum yang
mengatakan beliau hanya buat gempak untuk publisiti murahan semata-mata.
Menariknya di Kuala Kangsar, seorang lagi individu yang mahu
bertanding sebagai calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohd Zan berjaya
menarik perhatian umum apabila mengoyakkan kertas pencalonan tanda
protes terhadap SPR.
Abu Backer sebelum ini pernah mencuri tumpuan apabila bertanding di PRk Bukit Gelugor pada Mei 2014 dan hanya meraih 225 undi.
Apapun, berdasarkan rekod pilihan raya sebelumnya, pertembungan tiga
penjuru atau lebih biasanya memberi kelebihan bonus tambahan untuk
BN selaku penyandang untuk meraih kemenangan, namun ia bukanlah jaminan
hakiki.
Jentera BN tetap perlu bekerja keras dan fokus, kerana sedikit kesilapan dan alpa lain pula jadinya.
Kepada semua calon dan penyokong parti-parti yang bertanding, diharap
berkempen secara harmoni bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya
kecil ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment