Monday, June 06, 2016
Inilah Politik Namanya.... PAS Sokong Azmin Jadi MB, Azmin Pulak Sokong PAN
Sungai Besar menyaksikan PAS ‘kena’ kiri dan kanan. Dikhianati parti
serpihan tajaan DAP nama PAN, Azmin yang PAS sokong untuk jadi Menteri
Besar 2 tahun lepas, tidak menyokong PAS dalam kempen pilihanraya kecil
Sg Besar tapi sokong PAN.
Jasa PAS menyokong Azmin jadi Menteri Besar dulu, nampaknya langsung tak dikenang, elok macam itu saja Azmin sokong PAN.
Azmin patut tidak hadir pagi tadi, baru wayang Pakatan Rakyat masih
hidup boleh jadi, tapi bila Azmin hadir, terang tak payah suluh lagi
Azmin memang sokong PAN dan PAS ibarat janda gila talak kalau masih
terus berada dalam kerajaan Selangor.
Tidak ada sebab untuk PAS kekal lagi dalam kerajaan Selangor bila
Pakatan Rakyat secara rasmiya (dengan tindakan Azmin) tidak lagi wujud.
Dulu dengan Azmin ketengah tidak ketepi tidak, bolehlah tipu rakyat
mendakwa Pakatan Rakyat masih wujud, sekarang dah tentu arahnya kemana.
Selangor adalah tempat terakhir nama Pakatan Rakyat masih disebut orang, di tempat lain Pakatan ini dah lama dianggap mati!!
Jadi, orang PAS patut guna peluang pilihanraya kecil ini dengan tidak
memberi undi kepada Pakatan yang Azmin sokong, Pakatan Harapan dengan
calonnya dari PAN. Cina undi PAN, Melayu PAS undi PAS, baguslah, kamu
berebut kelompok yang sama yang memberi majoriti kecil 399 undi kepada
arwah Tan Sri Noriah Kasnon dalam PRU13 yang lepas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment