Monday, June 06, 2016
#PRKKualaKangsar : Datin Mastura Satu-Satunya Calon Yang Berdaftar Sebagai Pengundi
Tahukah kita, daripada 3 calon yang sudah menyerahkan borang pencalonan
masing-masing iaitu dari BN, PAN dan PAS untuk kempen pilihanraya kecil
Kuala Kangsar (calon Bebas yang diwar-warkan masih belum muncul –
setakat artikel ini ditulis), hanya calon BN, Datin Mastura Yazid sahaja
yang layak untuk membuang undi di kawasan tersebut.
Jadi dalam heboh banyak pihak (selain BN) bercakap tentang kepentingan
calon tempatan dan sebagainya dalam kempen pilihanraya ini, rupa-rupanya
calon yang berdaftar sebagai pengundi hanyalah Datin Mastura – yang
lahir di Negeri Sembilan.
Dalam keadaan dimana kelebihan 1 undi boleh membawa perubahan, apalah
gunanya dengan status lahir, keluarga ramai di kawasan tapi tak daftar
mengundi di kawasan itu? Setakat boleh melaung-melaung macam itu
sajalah, perubahannya tak boleh nak dibuat juga.
Sama macam cybertrooper pembangkang yang dihantar masuk ke kawasan
pilihanraya untuk membantu kempen tapi kerana semua tumpuan disitu, line
Internet menjadi teruk dan sebagainya, tidak dapat juga membantu kempen
seperti mana yang diharapkan – lebih baik beroperasi di luar kawasan,
walaupun jauh tapi boleh bertugas dengan tenang.
Begitulah perumpamaan. Moral ceritanya, matlamat yang diletakkan itu, sampai.
Justeru, persepsi bahawa hanya calon yang lahir di kawasan dimana
pertandingan itu berlaku saja layak dan boleh untuk menjadi wakil di
kawasan-kawasan pilihanraya ini, tidaklah perlu lagi terlalu
diperbesarkan. Bagus kalau ada calon anak kelahiran tempatan yang boleh
diketengahkan (macam di Sg Besar), tapi kalau tak ada pun tidak
mengapa.
Kita mencari wakil rakyat, bertujuan untuk membantu penduduk setempat,
bukan nak buat ujikaji nuklear, perubatan dan sebagainya. Latar
belakang hebat tapi tak boleh nak membantu rakyat pun tak berguna juga.
Bijaklah bila memilih.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment