Monday, June 06, 2016

Macam-Macam Buat Tuduhan Terhadapnya..... Mastura Nafi Dipaksa Jadi Calon

BUKIT CHANDAN : Calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid menafikan dakwaan mengatakan beliau dipaksa untuk menjadi calon dalam PRK Kuala Kangsar.

Menurutnya, beliau dengan rela menjadi calon bagi parti tersebut dan melakukannya kerana ALLAH di samping menyambung legasi arwah suaminya.

Ujar beliau, kasih sayangnya kepada rakyat Kuala Kangsar menguatkan semangatnya untuk bertanding di parlimen itu.

"Walaupun perlu jalani edah, saya yakin rakan-rakan saya di luar sana mampu melakukan tugas dengan baik.

"Saya harap akan diberi kepercayaan oleh orang Kuala Kangsar untuk meneruskan perjuangan arwah Datuk Wan.

"Saya harus meletakkan hukum lebih utama daripada segalanya supaya kita semua akan mendapat keredaan ALLAH," katanya dalam sidang media sulungnya, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mastura menegaskan isu beliau bukanlah calon tempatan tidak perlu diperbesarkan.

Menurutnya, sejak berkahwin dengan arwah Datuk Wan, sudah lebih 27 tahun beliau menetap di Kuala Kangsar bersama keluarganya.

"Anak-anak saya juga membesar di sini. Berjumpa dengan orang kampung bukanlah perkara baru sebab masa dengan arwah Datuk dulu pun saya selalu ikut arwah.

"Sekarang anak saya yang akan turun kempen. Mereka nampak bersemangat. Kasih sayang untuk papa membuatkan mereka teruja untuk berkempen.

"Sekarang kita fokus pada orang Kuala Kangsar. Kasih sayang kepada mereka lebih penting," ujarnya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment