Monday, June 06, 2016
Bye Bye PAS... Azmin Arah Jentera PKR Bantu PAN
Keluarga 69... di atas kertas, Datuk Seri Azmin Ali menjadi Menteri
Besar Selangor kerana sokongan daripada 13 ADUN PAS. Tapi realitinya PAS
di Selangor umpama pembangkang selepas PKR langsung tidak pandang
mereka dan mengarahkan jentera parti menyokong parti serpihan PAS
iaitu Parti Amanah Negara (PAN).
Di satu sudat lain, PAS yang selalu cakap besar mengenai kekuatan
cawangan mereka dan jentera akar umbi ketika berunding kerusi dengan
parti-parti pembangkang kini berdepan situasi yang akan menguji samada
dakwaan itu benar atau tidak selepas mereka tidak dibantu oleh pakatan
pembangkang lain dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Lebih melukakan hati PAS lagi, Azmin yang jadi MB kerana sokongan PAS,
sudah u-turn dengan memberikan sokongan terbuka kepada PAN.
Tanpa sokongan PAS, Azmin hanyalah ADUN biasa di Selangor yang kebetulan
Timbalan Presiden PKR. Tapi bak kata pepatah 'habis madu sepah
dibuang'.
Azmin menggunakan kedudukannya selaku bos di Selangor mengarahkan semua
jentera parti itu turun padang membantu calon Pakatan Harapan (PH) dalam
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Menurut Azmin keputusan itu dibuat parti bagi menyokong dan memastikan kemenangan calon PAN dalam PRK itu.
Katanya, beliau juga ingin mengucapkan yang terbaik kepada calon PAS, Dr Abdul Rani Osman pada PRK ini.
"Dr Abdul Rani adalah sebahagian dalam kerajaan negeri Selangor selain
penyokong (backbencher) yang aktif memberi sokongan terhadap dasar
kerajaan.
"Jadi saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam PRK ini. Tetapi
saya berharap PAS dan PAN akan memberi tumpuan terhadap Barisan
Nasional (BN) dalam kedua-dua PRK ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis penamaan calon di Dewan Seri Bernam, Ahad.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment