Monday, June 06, 2016
Memang Menakutkan.... MH1 : Cerita Penumpang Cemas... Ingat Nak Mati Dah
Berdepan dengan situasi cemas ribuan kaki di udara menyebabkan seorang
penumpang pesawat MH1 dari London ke Kuala Lumpur merasakan akan mati
dalam nahas udara.
Bagaimanapun, kejadian di ruang udara Teluk Bengal itu hanya
menyebabkan beberapa orang cedera kerana gegeran udara yang tiba-tiba
ketika hidangan sedang disajikan oleh anak kapal.
Wanita warga Singapura berusia dalam lingkungan 50-an itu, yang hanya
mahu dikenali sebagai Mary, berkata gegaran udara itu berlaku kira-kira
lima minit dalam masa tiga jam sebelum pesawat itu mendarat di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
"Saya duduk di bahagian dek atas. Pesawat itu seakan-akan terhentak ke
bawah sebelum melambung semula ke atas. Ketika itu, anak kapal hendak
mengedarkan makanan kepada penumpang...saya lihat bungkusan makanan
bertaburan daripada troli makanan.
"Saya juga nampak seorang pramugari terhantuk kepalanya sebelum terjatuh
dan luka di lutut," katanya sambil memberitahu juruterbang turut
membuat pengumuman meminta semua penumpang memakai tali pinggang
keselamatan semasa insiden itu.
Bernama melaporkan Mary, yang tidak cedara dalam kejadian itu, ditemui
semasa menemani temannya seorang warga Malaysia mendapatkan rawatan
kerana kecederaan di tulang pinggul di Jabatan Kecemasan dan Trauma,
Hospital Putrajaya.
Beliau yang merancang bercuti beberapa hari di Kuala Lumpur sebelum
pulang ke Singapura, tidak menyangka akan menghabiskan masanya di
Hospital Putrajaya selepas tiba dari London.
Setakat 10.30 malam Ahad, lima penumpang MH01 yang cedara telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.
Menurut kenyataan MAB, sejumlah kecil penumpang dan anak kapal yang
cedera diberi rawatan oleh pegawai perubatan sebaik pesawat itu mendarat
di KLIA.
Semasa melalui ruang udara Teluk Bengal, isyarat lampu tali pinggang
keselamatan dinyalakan ekoran gegaran udara. Susulan gegaran udara buat
seket ruang udara Teluk Bengal,ika beberapa penumpang mengalami
kecederaan ringan," katanya.
Kenyataan itu menyebut MAB telah membantu kesemua penumpang dan anak
kapal dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan keadaan
cuaca yang di luar kawalan syarikat itu.
Seorang pegawai MAB, yang enggan mendedahkan jumlah penumpang dan anak
kapal yang cedera, berkata syarikat itu akan mengeluarkan kenyataan dari
masa ke semasa mengenai perkembangan insiden itu.
Beberapa mesej aplikasi 'Whatsapp' sedang menjadi viral mengenai
kejadian itu dengan satu daripadanya mendakwa empat penumpang dan enam
anak kapal cedera manakala mesej lain menyatakan jumlah keseluruhan 34
orang mengalami kecederaan.
Sementara itu, kira-kira tujuh imej yang telah dikongsi di Facebook dan
Whatsapp, menunjukkan troli makanan bertaburan di lantai dan laluan
manakala unit ruang menyimpan barangan kecil kelihatan retak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment