Monday, June 06, 2016
PAN Pak Turut DAP... Tolak Pindaan Mahkamah Syariah - Hadi
Parti Amanah Nasional (PAN) sudah menjadi pak turut kepada DAP kerana
bersekongkol cuba menghalang syariat Islam ditegakkan, kata Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, ia terbukti selepas mereka (PAN) juga menolak usul pindaan Mahkamah Syariah dibawanya di Dewan Rakyat Mei lalu.
Presiden PAS itu berkata usul tersebut dibawa selepas diberi laluan
kerajaan pusat, namun menghairankan beliau apabila pemimpin AMANAH dalam
Dewan Rakyat mengikut jejak DAP tidak menyokong keputusannya membawa
usul tersebut.
“Lalu diberi peluang kepada saya bawa usul di Parlimen, usul untuk
dibawa ke Parlimen pada bulan 10 untuk beri kuasa kepada Mahkamah
Syariah.
“Tiba-tiba puak DAP tak setuju dan lawan, puak-puak PAN sokong DAP pula,
ini pelik,” kata beliau pada Ahad malam semasa berceramah di Markas PAS
Pemuda Kampung Sayong, Kuala Kangsar.
Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang itu menggesa supaya pengundi kena
menyedari sifat pemimpin PAN yang kini sudah sanggup mengikut sahaja
kata dan keputusan DAP.
“Kita kena sedar PAN ini siapa dia, ikut cara DAP setuju,” katanya.
Hadi juga berkata mengetahui hubungan antara DAP dengan beberapa
kumpulan Kristian yang bimbang jika syariat Islam ditegakkan ramai
masyarakat bukan Islam akan memeluk Islam.
“Saya difahamkan dikalangan Kristian, Kristian ini bersahabat dengan
DAP, saya cakap terang-terang ini, ada pemimpin DAP bersahabat dengan
Kristian puak-puak Kristian yang takut syariat Islam dilaksanakan.
“Mereka takut orang bukan Islam masuk Islam, itu sebenarnya, kalau
syariat Islam dilaksana di Malaysia ini, orang tengok aman, baik hukum
Islam ini, mereka takut bukan Islam ini masuk Islam, itu hak dia kita
tak paksa, itu sebenarnya,” katanya.
Beliau juga menolak tanggapan setengah pihak mengatakan sekiranya hukum
Islam dilaksana maka ramai penganut Islam akan cacat kerana dipotong
tangan tetapi sebaliknya menegaskan hukum Islam akan membentuk peribadi
mulia seseorang.
“Ada pula pemimpin tidak sedar diri kata orang Islam semua akan cacat,
dia faham kalau laksana hukum Islam ini ramai orang Islam kena kerat
tangan.
“Dia kena sedar bila hukum Islam dilaksana orang Islam tidak curi lagi,
orang Islam akan baik akhlak dan mulia, orang Islam akan jadi model dan
contoh kepada bukan Islam,” katanya.
Pada 25 Mei lalu, Hadi berjaya mendapat kelulusan Dewan Rakyat untuk
dibahaskan Usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) (Pindaan) 2016 yang sebelum ini mencetuskan pertikaian dan
ditentang DAP.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment