Monday, June 06, 2016

PM Letak Jawatan: Pemuda UMNO Balas Kenyataan Dangkal Pemuda MCA

Gayung bersambut... kenyataan keras Ketua biro undang-undang Pemuda MCA Ng Kian Nam yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan jika Rang Undang-undang Persendirian memperkasa kuasa Mahkamah Syariah diluluskan mengundang reaksi lebih keras Pemuda UMNO.

Exco Pemuda UMNO Armand Azha Abu Hanifah menyifatkan cadangan tersebut kebudak-budakkan dan kurang ajar kerana kenyataan tersebut adalah permainan populis tanpa memgambil kira perasaan umat Islam dan majoriti rakyat Malaysia.

"Kenapa Pemuda MCA nak masuk campur urusan Mahkamah Syariah yang dikhaskan kepada umat Islam? Pemuda MCA tidak perlu nak keluarkan ugutan bagi Perdana Menteri... Siapa kamu Ng Kiam Nam nak keluarkan kenyataan cetek akal dan bodoh," kata Armand dalam satu kenyataan media pagi Sabtu.

Beliau kemudiannya bertanya apakah kenyataan kurang ajar ini merupakan pendirian rasmi Ketua Pemuda MCA yang diberikan jawatan sebagai Senator oleh Perdana Menteri?
"Jangan baling batu sembunyi tangan. Jika tidak puas hati dengan isu RUU Syariah ini.

"Saya pulak minta Ketua Pemuda MCA letakkan jawatan-jawatan beliau secara rasmi dalam masa 12 hari.

"Jika beliau tidak mahu letakkan jawatan beliau, tindakan tegas harus diamil kepada Ng Kian Nam," katanya.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO Kedah Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri berkata kali terakhir Akta 355, yang secara spesifik memperuntukkan bidang kuasa dan hukuman Mahkamah Syariah di Malaysia ditambahbaik ialah pada tahun 1984.

"Teras Akta 355, langsung tidak menyentuh hak bukan Islam, dan tidak terpalit sama sekali isu pelaksanaan Hudud. Kerana dari segi istilah hudud bermaksud ‘had’,atau mencegah.

Capital punishment misalnya mati mandatori hakikatnya sudah dilaksanakan dalam sistem perundangan di Malaysia. Seksyen 302, Kanun Keseksaan, Seksyen 39B, Akta Dadah Merbahaya contohnya memperincikan hukuman gantung bagi sabitan kesalahan.

"Secara ironi, jika tafsiran hudud itu had, mencegah atau capital punishment, bermakna ianya telah lama dijalankan di Malaysia."

"Kenapa Pemuda MCA tidak sedar isu ini dari awal?, dan kenapa kini apabila usaha memperelok fungsi serta peranan institusi kehakiman melibatkan umat Islam mahu diperkasa, tiba-tiba ugutan dan kata dua kepada PM diberikan," katanya dalam satu kenyataan kepada Agendadaily.

Syed Mohd Johan Rizal mempersoalkan kenapa Najib yang dijadikan sasaran, walhal rang undang-undang (Pindaan) ini baru dibentang dan akan dibahaskan, cukup banyak masa diberi nanti untuk diwacana.

Dan proses perdebatan pula melibatkan bacaan kali pertama, kedua dan ketiga, jika diluluskan dibawa ke Dewan Negara untuk melalui proses yang sama. Kemudian untuk diwartakan memerlukan pekenan YDPA serta implementasi di negeri-negeri mengkehendaki kesemua 9 orang Raja-Raja Melayu mendatangani dikri sebelum diwartakan dalam Enakmen Negeri.

"Inilah antara kepelikan apabila tiba-tiba pakatan MCA, MIC, GERAKAN begitu lantang bersuara, walhal suara ini boleh dikonsensus, dipolemik dalam mesyuarat tertinggi BN.

"Meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada PM, bagi kesemua persoalan ini seolah-olah mahu menuduh secara jahat, bahawa PM mempunyai kuasa mutlak untuk mengarahkan speaker Dewan rakyat menentukan apa yang boleh diusul apa pula yang tidak boleh dibincangkan di Parlimen.

"Bukankah ini satu sekatan suara ke atas hak 222 Ahli Parlimen yang telah dipilih lebih 14 juta pengundi di kawasan masing-masing seluruh Malaysia secara demokratik?..." kata beliau.

Jelasnya lagi, Pemuda MCA atau sesiapa sahaja yang membuat ugutan terbuka terhadap PM agar bertanggungjawab dan mengundurkan diri kerana membenarkan Private Bill, Akta 355 ini dibentang di Parlimen hakikatnya perlu meminta maaf.

"Pemuda MCA atau sesiapa saja rakan komponen BN, perlu lebih peka kepada konsep collective responsibility, tidak membuat spekulasi jahat serta andaian sendiri, bahawa jika pindaan Akta 355 diluluskan ianya membuka ruang bagi pelaksanaan Hudud di Malaysia,"katanya.

Rang undang-undang persendirian yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mengundang pertikaian oleh DAP yang disambut oleh MCA dan MIC.

Rang undang-undang itu bertujuan menambah bidang kuasa mahkamah syariah.

Ia dilihat bagi membolehkan mahkamah syariah mengenakan hukuman lebih berat termasuk sebatan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment