Monday, June 06, 2016
PRK Kuala Kangsar: Tempoh Edah Bukan Halangan BN Untuk Menang
KUALA KANGSAR : Tempoh edah yang sedang ditempuh Datin Mastura Mohd Yazid
tidak menjadi halangan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangkan
calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar itu.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tempoh edah
itu bersifat sementara, dan perkara lebih penting yang perlu diambil
berat oleh pengundi ialah memilih wakil rakyat yang mampu menjaga
kebajikan mereka.
Menurutnya, Mastura merupakan calon yang mampu menjaga kebajikan pengundi dan ia telah diketahui oleh penduduk Kuala Kangsar.
"Mastura adalah calon yang telah dikenali penduduk Kuala Kangsar, mereka
juga sayangkannya. Oleh itu tidak menjadi kekangan apabila beliau tidak
boleh keluar berkempen.
"Saya dan jentera BN akan memberi bantuan dan sokongan bagi memastikan
calon BN ini menang dalam PRK kali ini, " katanya ketika beramah mesra
bersama jentera parti di Bilik Gerakan BN di sini pada Sabtu malam.
Yang turut hadir mengiringi Menteri Pertahanan itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Hishammuddin menambah, beliau turut gembira dengan hasil kerja jentera
parti yang telah bekerja keras mengikut perancangan yang disediakan.
"Apa yang lebih penting jentera BN terus berkerja keras dan tidak
melayan atau mengikut rentak pembangkang dengan isu-isu tertentu.
"Biarkan mereka dengan isu-isu yang hendak dibawa, tidak perlu kita
melayan kerana kita ad agenda untuk menangkan calon yang
dipertandingkan," jelasnya.
Mastura dinamakan sebagai calon BN selepas suaminya Allahyarham Datuk
Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad meninggal dunia dalam nahas helikopter di
Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment