Monday, February 01, 2016
Kempen Gaya Mewah DAP Mula Dipertikai
Walaupun penggunaan treler panjang sudah digunakan DAP sejak Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU 13), namun persediaan treller itu untuk persiapan
kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 mula dipertikai.
Ini kerana sampai sekarang, DAP gagal menjawab isu pemberian dana RM1.2
billion daripada Israel yang pernah didedahkan oleh bekas aktivis
strategik DAP, Mohamed Razali Abd Rahman pada tahun 2012.
“DAP Sarawak telah memperkenalkan trak kempennya dan ia merupakan satu persediaan untuk menghadapi pilihan raya negeri.
“Dari mana punca dana mereka itu, makan malam pengumpulan dana, derma
BRIM dari ahli-ahli mereka atau dari dana Israel RM 1.2 bilion ?” soal
Ronnie Klassen.
Penggunaan treler panjang oleh DAP itu dianggap sebagai satu strategi
yang menjolok mata di Sarawak memandangkan parti itu bukan pemerintah,
sebaliknya pembangkang yang hanya memiliki 12 kerusi Dewan Undangan
Negeri Sarawak daripada 71 kerusi pada PRN 2011.
“DAPigs sekarang sangat kaya..selepas mendapat durian runtuh daripada Israel,” kata Tan Khai Beng.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment