Monday, February 01, 2016
Pemuda PAS Mahu Husam Letak Jawatan... Wayang Dalam PAS
KOTA BHARU : Pemuda Pas Kelantan membuat serangan balas dengan menggesa
bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa meletak jawatan sebagai Adun
Salor dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.
Kenyataan dibuat setelah Husam membuat gesaan supaya dua pemimpin, Datuk
Takiyuddin Hassan dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bertanggungjawab
termasuk mempertimbangkan meletak jawatan dalam parti setelah gagal
membawa usul pindaan Akta 355 di Parlimen.
Ketua Pemuda Pas Kelantan, Fadli Shaari berkata, Husam perlu meletak dua
jawatan itu kerana tidak lagi membantu untuk mengukuh kerajaan dan
parti.
"Hakikatnya desakan beliau agar Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin
meletak jawatan hanya untuk menarik perhatian orang ramai sahaja,"
Fadli yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat berkata, Husam sendiri sudah
menyedari beliau bukan lagi relevan dalam arus politik semasa.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment