Friday, March 25, 2016
Abdul Rahman Dahlan Hero Dewan Rakyat malam Ini Sehingga Membuatkan Blok Pembangkang Kecuali Mujahid Dan Sam Ketot !!!
Bagi sesiapa yang mengikuti siaran langsung Sidang Dewan Rakyat di hari
ni, sudah pasti tahu apa yang telah berlaku ketika Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan cuba membuat penggulungan.
Selama lebih 40 minit, dia bukan sahaja diganggu, bahkan umpanan Abdul
Rahman Dahlan untuk Lim Guan Eng menjawab tentang tanah Taman Manggis
Fasa II yang telah dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada
sebuah syarikat, KLIDC dan kemudian KLIDC pula tidak berminat untuk
memajukan tanah tersebut serta cuba menjual pula tanah berkenaan kepada
pihak-pihak lain, juga berjaya dikekang apabila Lim Guan Eng dan
kawan-kawannya dihalau keluar dari Dewan.
Dalam babak kedua, Ngeh Kor Ham cuba menimbulkan persoalan baru tetapi
kemudian memilih angkat kaki apabila jawapan-jawapan daripada Abdul
Rahman Dahlan, Noh Omar bahkan Ahli Parlimen Simpang Renggam bagaikan
tukul besi yang menghentak kepalanya. Ngeh Kor Ham cuba mencabar Abdul
Rahman mengulangi pendedahannya bahawa KLIDC tidak berminat untuk
memajukan tanah Taman Manggis Fasa II sebaliknya lebih berminat untuk
menjualnya kepada pihak asing, termasuklah kepada sebuah syarikat yang
didaftarkan di Samoa.
Sepanjang provokasi yang dilakukan oleh Lim Guan Eng bersama-sama
Kashturi Patto dan Gobind Singh Deo dan sesekali dicelah oleh Hanipa
Maidin yang berlagak seperti budak-budak, Abdul Rahman Dahlan jelas
sangat tenang dan hanya tersenyum. Butiran dua dokumen yang cuba
dibacanya, berulang-ulang kali dihalang oleh jerit pekik Lim Guan Eng,
Gobind Singh dan Kashturi Patto.
Akhirnya kedua-dua dokumen tersebut dibacakan dan ternyata, tidak
bersalahan sama sekali tindakan Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo dan
Kashturi Patto kerana isi kandungan dokumen tersebut, jelas membuktikan
yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP-Guan Eng sememangnya
penipu.
Mujahid Yusof yang merupakan antara dua Ahli Parlimen Pakatan yang masih
tinggal (seorang lagi Sam Ketot), cuba memerangkap Abdul Rahman Dahlan
dengan cerita kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun
menggantikan tanah di Taman Manggis Fasa II dengan sebidang tanah yang
lebih luas di Jalan Chelliah.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya segera
memperbetulkan fakta songsang Mujahid Yusof dengan mendedahkan bahawa
tanah di Jalan Chelliah itu sememangnya telah diperuntukkan oleh
Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada era Barisan Nasional lagi, bukannya
selepas DAP mengambilalih.
Bera muka Mujahid Yusof dengan jawapan tersebut.
Apa-apa pun, malam ini, Abdul Rahman Dahlan tidak sahaja berjaya
memerangkap Lim Guan Eng untuk membodohkan diri sendiri, bahkan untuk
mendedahkan bahawa DAP tidak pernah mempunyai perancangan untuk rakyat
marhein melainkan untuk syarikat-syarikat kroni dengan berselindung di
sebalik nama rakyat.
Sesuatu yang cuba disorokkan oleh Lim Guan Eng sehingga terpaksa mencari
helah, melakukan provokasi dan menggunakan helah lapok agar dihalau
keluar dari Dewan dan kemudian cuba mendapatkan simpati dengan
mengadakan sidang media.
Bravo Abdul Rahman Dahlan!!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment