Friday, March 25, 2016
PANAS… Dewan Rakyat Kecoh… Guan Eng Diusir… Rahman Dahlan Buat Satu Pendedahan Baru
Cuaca yang panas di luar sana… dihangatkan lagi dengan ‘perang sakan’
dalam sidang Dewan Rakyat Rabu malam yang akhirnya menyaksikan Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diusir keluar kerana enggan patuh
arahan Timbalan Speaker.
Bermula sekitar 8.40 malam .Hampir sejam lamanya berlarutan suasana
dalam Dewan Rakyat macam sarkas berlaku pertengkaran hingga tidak
terkawal antara Ahli Parlimen BN dengan pembangkang khususnya DAP .
Ini berlaku ketika Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan
Tempatan,Datuk Rahman Dahlan hendak mengulong perbahasan hal-hal
berkaitan kementeriannya.
Ia gara-gara Guan Eng yang kini tengah hangat diselubungi isu rumahnya
di Jalan Pinhorn, Georgetown yang didakwa dibeli pada bawah harga pasaran, terus bangun menuntut menteri itu tarik balik dakwa beliau ‘
bohong’.
Guan Eng tuduh Rahman mengeluarkan perkataan ‘bohong’ terhadapnya di
Dewan Rakyat pada 16 Mac lalu manakala menteri itu dalam penjelasannya
berkata, perkataan itu merujuk kenyataan Ketua Menteri itu dan bukan
kepada batang tubuhnya.
Rahman sebut ‘ bohong’ terhadap Guan Eng itu kerana beliau dakwa harga
rumah mampu milik ditetapkan oleh kerajaan pusat pada kadar RM400,000.
Kata Rahman apa yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak betul.
Beliau langsung memberikan butir-butir mengapa dakwaan itu tidak betul.
Oleh kerana kekecohan berterusan dan Guan Eng enggan patuh arahan
hentikan pertikaman lidah itu..akhirnya Timbalan Speaker Datuk Ismail
Mohamad telah memutuskan perintah beliau diusir dari dewan.
Turut diusir ialah ialah Ahli Parlimen DAP Rasah Teo Kok Seong kerana merakam insiden kekecohan itu guna telefon bimbitnya.
Apapun Rahman dakwa beliau sebenarnya amat berharap Guan Eng terus
berada dalam dewan kerana ingin sangat beliau dengar apa yang beliau
hendak cakap selanjutnya.
Selain Guan Eng,semua Ahli Parlimen DAP kecuali dari Beruas,Ngeh Koo Ham
duduk seketika dengar cakap Rahman sebelum kemudianya turut keluar.
Apa yang menarik dan menjadikan suasana dalam Dewan Rakyat bertambah
hangat ialah dalam ucapan selanjutnya menteri itu mendakwa beliau ada
bukti menunjukkan syarikat yang dapat tanah di Taman Manggis dari
kerajaan Guan Eng yakni Kuala Lumpur International Dental Center (KLIDC)
pada harga RM11 juta nak jual pula tanah itu pada pihak ketiga pada
harga RM20 juta.
Ini nampak macam ada yang tidak betul.Isunya di sini ialah tanah Taman
Manggis sebelum ini asalnya nak dibangunkan dengan projek perumahan
murah (PPR).
KLIDC pula asalnya membida dan dapat tanah itu untuk bangunkan komplek hospital swasta di situ.
Dakwa rahman lagi bila KLIDC dapat tanah itu kemudian status tanah itu
pula ditukar untuk pembinaan hospital swasta serta komplek komersial
yakni 30 peratus hospital swasta manakala 70 peratus komersial.
Ini bermakna nilai tanah itu semestinya akan jadi lebih mahal.
“Bila syarat nyata tanah berubah ini juga satu kesalahan besar dari segi prosedur tender.
Dakwa rahman lagi ,“bila isu ini hangat diperkatakan.Saya telah dapat
maklumat tentang dokumen yang menunjukkan cubaan Kuala Lumpur
International Dental Centre (KLIDC) untuk menjual tanah ini kepada pihak
ketiga. Dokumen ini ada dalam tangan saya diberikan oleh orang-orang
tertentu.
“Dokumen perjanjian jual beli ini begitu terperinci sekali…harga yang
diminta RM20 juta.Maknanya dia beli harga RM11 juta,dia nak jual RM20
juta.
Ini dokumen baru dan saya tidak teragak-agak nak beri kepada SPRM bagi memudahkan mereka membuat penyiasatan.
“Nyata dari dokumen ini , KLIDC tidak berminat untuk membangunkan tanah tersebut,” kata Rahman.
Pada peringkat ini Ngeh Koo Ham nak mencelah bercakap tetapi Rahman teruskan juga ucapannya.
Menurut Rahman akibatnya ramai orang yang nak duduk rumah murah PPR tak
dapat kerana tanah ini dijual kepada pihak yang tidak pun berminat untuk
bina pusat rawatan itu.
Beliau juga mendakwa wujud juga sebuah syarikat off shore yang ada kaitan dalam urusan berkenaan.
Ngeh Koo Ham bangun sekali lagi cabar Rahman buat tuduhan ini di luar Dewan Rakyat.
“YB, tak tahu jangan banyak, jangan cerita,” kata Rahman.
MP DAP Beruas itu kemudiannya keluar dewan. Ahli Parlimen BN sorak padanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment