Friday, March 25, 2016
Ini Kali Guan Eng Tak Boleh Lari, Kecuali Ada Tangan Ghaib Berbuat Sesuatu
Memang benar skandal rumah banglo Lim Guan Eng sudah tidak mampu disorok
lagi, ketika Najib Razak dituduh pelbagai tohmahan yang direka, malah
tuduhan itu hanyalah propaganda untuk mejatuhkan beliau, SPRM pun sudah
menjalankan siasatan sehingga tidak ada satu palit kesalahan pun
terhadap Najib Razak.
Berbeza dengan skandal Lim Guan Eng, sudah tersebar luas tentang
kekantoiannya, tetapi kemanakah Rafizi yang kononnya telus dalam niat
membebaskan Malaysia dari korupsi? Terpalit sudah busuknya Dap, Rafizi
sepatah haram tak mampu nak berkata apa.
Lagi menghairankan, tidak ada pemimpin Dap yang dapat melakukan sesuatu
untuk menyelamatkan Lim Guan Eng, adakah mereka akan berkata, memang
matilah kalau kita bantu.
Jadi kepada rakyat, lihat, nilai, betapa busuk dan kejinya Dap dalam merealisasikan impian mereka merompak hasil orang miskin.
Nak sokong lagi?
KENYATAAN MEDIA UNTUK SEBARAN
Sesekali fikir bila kita ada niat mahu buat kejahatan, lebih baik kita
menjadi pemimpin pembangkang kerana bila kita duduk sebilik dgn bukan
muhrim pun tidak dianggap khalwat, melakukan seks haram pun tidak
dianggap zina, apatah lagi sekadar rasuah.
Semua kesalahan tidak akan dianggap salah oleh undang-undang dan moral
TETAPI perkara yang sama akan jadi terlalu salah dan hina jika kita jadi
pemimpin dan penyokong kerajaan.
Sebab itu di dalam kes Mat Sabu, Mustafa Ali dan terbaru Lim Guang
Eng,mana ada agensi yang sepatutnya serius dalam melakukan tindakan?
Mana ada pemimpin kerajaan yang mahu menjuarai isu-isu ini sebagaimana
Rafizi dan rakan-rakan sewaktu dengannya mendedahkan isu-isu yang
melibatkan kerajaan. Lebih malang ketika ada usaha sedang dibuat
mendedahkan kejahatan dan salah guna kuasa Lim Guan Eng, ada
malaun-malaun yang berusaha menutup dengan mendedahkan pekong
sendiri..bodoh dan bangang rupanya puak kerajaan ni.
Cuba bayangkan jika kes Lim Guan Eng ini berlaku kepada MB Perak ataupun
MB Pahang, agak-agak apa tindakan pihak berkuasa dan pihak pembangkang?
Apakah akan terus ada sidang akhbar daripada SPRM dan kemudiannya
berbondong-bondong pemimpin PKR,DAP dan NGO-NGO yang akan buat laporan
polis dan SPRM?
Mana menghilangnya semangat Pemuda UMNO? Mana suara Bar Council yang
kononnya peka dengan isu ketidak telusan sehingga sanggup buat undi
untum memecat Peguam Negara?
Kes salahguna kuasa KM Pulau Pinang ini wajib disiasat hingga ke akar
umbi dan tindakan harus diambil melalui peruntukan undang-undang
sewajarnya.
Mana-mana pihak tidal boleh berdiam diri dengan menutup sebelah mata
bagi menghalalkan segala penyalagunaan kuasa KM Pulau Pinang ini.
Sekian
Rafi Awang Kechik
Presiden
Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment