Thursday, March 24, 2016
Kenapa Khairy Perlu Letak Jawatan Jika Tidak Bersalah??
Musykil betul dengan perangai puak parti pembangkang ni, belum lagi
disahkan bersalah dan siasatan masih dijalankan. Tapi dorang beriya-iya
mendesak si ‘suspek’ meletak jawatan. Ehhhhh, yang over sangat ni
kenapa??
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, selagi siasatan
terhadap kes penyelewengan dana membabitkan kementeriannya sebanyak
RM107 juta masih belum selesai. Maka selama itu juga dia akan berkhidmat
seperti biasa.
Buat apa Khairy nak susah payah letak jawatan, sedangkan kes itu masih
dalam siasatan?? Jika Khairy mengambil keputusan untuk meletak jawatan,
maka itu sama sahaja seperti dia mengakui bahawa sememangnya dia yang
melakukan penyelewengan tersebut. Kalau tidak bersalah kenapa nak
takut?? Kenapa nak mengaku?
“Dalam kementerian, saya tidak ada kuasa kepada jawatankuasa tender, kewangan dalam memberi kelulusan.
“Prosedur kewangan terletak di bawah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian
Belia dan Sukan (KBS) dan kelulusan juga dibuat oleh KSU,” katanya.
Khairy berkata demikian sebagai menjawab desakan Anggota Parlimen Bayan
Baru, Sim Tze Tzin yang memaksanya meletak jawatan di Dewan Rakyat,
semalam. Tegas Khairy, dia berikrar akan mempertahankan jawatan yang
disandangnya itu selama siasatan tersebut masih dijalankan.
Tambahnya, sebelum dia memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan
penyelewengan tersebut telah lama berlaku. Oleh disebabkan itu, Khairy
nekad untuk bertanggungjawab bagi menyelesaikan kes yang melibatkan
kementeriannya. Ini termasuklah memberi kerjasama dalam siasatan yang
dijalankan.
“Maksud saya kepada saya bertanggungjawab itu adalah, saya mesti
perbetulkan dahulu prosedur kewangan dan itulah yang dimaksudkan dengan
bertanggungjawab penuh.
“Saya akan bertanggungjawab, badan bebas dan SPRM boleh siasat. Saya
akan beri kerjasama. Selepas itu barulah kedudukan saya ditentukan,”
katanya.
Kalau tidak bersalah kenapa nak cuak?? Kenapa nak korban kerjaya sendiri
demi kehendak orang lain, betul tak?? Buang masa je ikut cakap puak
pembangkang yang dok suruh letak jawatan ni.. Motif mereka?? Sengaja nak
menghuru-harakan keadaan...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment