Thursday, March 24, 2016

Amalan Politik “Makan Keliling” PKR Akan Memakan Diri – Norrulhuda

KUALA LUMPUR : Kesediaan PKR untuk menjalinkan kerjasama dengan blok ketiga pembangkang yang diterajui Pas bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) memperlihatkan sekali lagi wajah politik parti itu yang bukan sahaja sentiasa cuba mengaut kesempatan malah boleh disifatkan sebagai mengamalkan politik “makan keliling”.

Menurut Exco Puteri UMNO, Norrulhuda Marsidin kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa  parti itu tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan kerjasama politik dengan blok pembangkang ketiga adalah satu kenyataan yang penuh berlapik bagi menjaga hati rakan parti lain terutama Dap serta Amanah yang telah secara tegas menolak Pas.
pakatan retak di selangor 
Jelasnya amalan politik “makan keliling” PKR ini dilakukan kerana PKR itu sendiri sedar mereka hanya berpaut kepada kekuatan yang ada pada Pas dan Dap.

“Siapa PKR kalau tidak adanya sokongan Dap dan Pas ini? PKR sedar kedudukan mereka goyah sekiranya salah satu dari parti berkenaan memutuskan hubungan dengan mereka.

“Kita yakin amalan politik makan keliling ini akhirnya akan menjerut diri mereka sendiri. Perkara ini akan bertambah parah apabila tiba pilihan raya umum nanti. Tunggu dan lihat sahaja,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah dilapor berkata, PKR tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan kerjasama politik dengan blok pembangkang ketiga itu jika hala tuju baharu itu dipersetujui bersama.

Mengulas lebih lanjut Norrulhuda seterusnya menambah apa jua alasan yang dikemukakan oleh parti pimpinan Wan Azizah hanyalah sekadar untuk menutup gerak langkah dan wayang sandiwara mereka sahaja.

Katanya lagi PKR akan bekerjasama dengan mana-mana pihak seandainya kerjasama tersebut memberikan keuntungan dan begitulah sebaliknya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment