Friday, March 25, 2016

Kenapa Rafizi, NGO Pembangkang Jadi Syaitan Bisu Dalam Isu Rasuah Guan Eng?

https://pbs.twimg.com/profile_images/565153086029570048/fdXfkmlw.jpeg
KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Ampang, Dato Ismail Kijo secara sinis mempersoalkan di mana suara-suara NGO dan juga ahli politik pembangkang yang kononnya mengamalkan ketelusan dan intergriti berhubung isu tuduhan skandal rasuah dalam pembelian rumah yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini.

Menurut beliau, bukankah NGO pro pembangkang dan juga kepimpinan pembangkang selama ini begitu mendabik dada dalam soal ketelusan dan intergriti namun mengapa pula apabila tiba pada isu yang melibatkan Guan Eng, mereka seolah-olah menjadi bisu untuk bersuara.
Guan Eng Dan Banglo 
“Saya nak tanya mana suara-suara NGO pro pembangkang yang kononnya mahukan ketelusan dan keadilan tanpa ada prejudis? Apabila ada isu yang melibatkan kepimpinan UMNO dan kerajaan, bukan main lantang lagi mereka bersuara. Bila timbul isu Guan Eng, bukan setakat mahu bercakap, nak berkutik sedikit pun mereka takut.

“Saya juga agak hairan melihat kehilangan suara Rafizi yang selama ini begitu sibuk mempersoalkan ketelusan dan intergriti kepimpinan BN, tetapi sunyi sepi dalam isu skandal rasuah Guan Eng.

“Kenapa Rafizi tak minta Guan Eng berehat dari memegang jawatan sementara menunggu siasatan dijalankan? Saya rasa mungkin Rafizi takut terkena sumpahan ‘tokong’ yang selama ini menjadi mentor kepadanya?,” sindir beliau.

Jelasnya lagi, dalam isu sebegini maka amat jelaslah bahawa konsep keadilan bagi pembangkang hanyalah terpakai untuk puak dan kroni mereka saja.

“Apabila ada kroni mereka dituduh melakukan rasuah, itu adalah fitnah BN. Namun apabila ada pemimpin BN yang mereka tuduh rasuah, mereka serta merta menjatuhkan hukuman bersalah biarpun itu satu pertuduhan saja.

“Kita dapat lihat bagaimana pembangkang dan NGO-NGO peliharaan mereka seringkali mengasak dan mendesak pemimpin UMNO atau kerajaan yang dituduh rasuah dan tindakan atau desakan mereka itu seolah-olah individu yang dituduh itu sudah pun bersalah, sedangkan tuduhan tersebut masih belum dapat dibuktikan.

“Saya yakin bahawa pembangkang juga tidak lepas dari salah laku rasuah namun mereka licik menyembunyikannya serta menggunakan pendekatan propaganda bagi mengalih pandangan rakyat dengan menuduh orang lain melakukan rasuah bagi melindungi perbuatan mereka dari diketahui umum,”ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment