Friday, March 25, 2016
Muat Naik Majalah TIME Palsu : Politik Busuk Pembangkang Amat Memalukan
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar
Nasarah membidas pemimpin pembangkang yang memuat naik gambar Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah diedit (sunting) di muka
depan majalah TIME dengan kenyataan fitnah.
Menurut beliau tindakan Anggota Parlimen Subang R.Sivarasa dan
Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin dalam
perkara berkenaan merupakan satu perbuatan dan tindakan politik busuk
yang cukup memalukan.
Tegasnya lagi tindakan itu memperlihatkan bahawa pembangkang dengan
budaya fitnah tidak dapat dipisahkan semata-mata untuk memburukkan
kepimpinan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak.
“Sepatutnya
sebagai pemimpin, mereka kena semak dulu betul-betul dan jangan main
semberono menyebarkan berita dan bahan yang tidak pasti kesahihannya
kerana ianya boleh menimbulkan pelbagai tafsiran dan boleh menimbulkan
perkara yang tidak betul.
“Tetapi itulah…nak buat macam mana kerana itu adalah budaya mereka.
Masih ingatkah kita bagaimana selepas keputusan pilihan raya umum yang
lalu pelbagai tohmahan dilontarkan khususnya isu pengundi bangladesh.
Masih kita tidak lupa soal tersebut yang berlegar di media maya.
“Inilah salah satu strategi mereka. Memburukkan pimpinan kerajaan
khususnya kalangan UMNO dan kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang lain
dengan tujuan untuk bermain politik sempit semata-mata,” katanya kepada media di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kedua-dua pemimpin
pembangkang itu yang telah memuat naik gambar Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak yang telah diedit (sunting) di muka depan majalah TIME
dengan kenyataan fitnah menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.
Shamsul Anuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO seterusnya
menegaskan perbuatan tersebut bukan sahaja satu perbuatan yang tidak
sepatutnya malah menunjukkan sikap pembangkang yang sebenarnya.
Mereka kata beliau lagi tanpa segan silu cuba mempermain-mainkan
berita dan bahan yang belum dikenalpasti kesahihannya demi keuntungan
politik semata-mata.
“Fitnah dan tohmahan sudah seakan menjadi darah daging mereka.
Politik buas mereka cukup memalukan. Malah seperti biasa jika perkara
yang disebarkan itu tidak benar mereka hanya berdiam diri jauh sekali
untuk meminta maaf,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment