Thursday, February 18, 2016
Biadap dan Kurang Ajar.... Bolehkah Dosa Dihapuskan Di Mekah, Soal DAP Melaka
KUALA LUMPUR : Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Melaka, Damian Yeo Shen Li
mempersoalkan sama ada dosa umat Islam dapat dihapuskan dengan pergi ke
Mekah untuk beribadah.
Kenyataan yang dibuat di laman sosial Facebook beliau itu dipercayai
ditujukan kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan
suaminya, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail.
“Bolehkah dosa kita dihapuskan ketika menjejak kaki ke Mekah?,” katanya
dengan memuatkan gambar Shahrizat dan Salleh di Mekah bersama kapsyen
‘Mencuri. Menipu. Mekah. Ulang’.
Tindakan DAP mencampuri urusan umat Islam bukan kali pertama. Sebelum
ini, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengeluarkan kenyataan
mencampuri urusan Tabung Haji meminta ia diaudit.
Kor Ming meminta audit menyeluruh ke atas Tabung Haji dilakukan kononnya
disebabkan penyata kewangannya menunjukkan kerugian sebanyak RM351
juta.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom ketika mengumumkan bonus tahunan pendeposit bagi 2015 menyatakan
Tabung Haji telah mencatat keuntungan bersih selepas zakat mencecah
RM3.53 bilion berbanding RM2.98 bilion pada 2014, iaitu peningkatan
sebanyak 19%.
Menurut Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, tindakan DAP
ini sengaja mengembar-gemburkan isu Tabung Haji untuk mencemarkan
reputasi institusi berkenaan yang menjadi payung kepada umat Islam.
“Jangan cuba hendak menjadi jaguh yang tak diundang. Tabung Haji masih
relevan dan kekal kukuh sebagai instutusi yang menjaga kepentingan orang
Melayu terutama bersabit dalam urusan menunaikan ibadat haji.
“Apabila DAP cuba mencampuri urusan TH, seolah-olah mereka ada agenda
tersendiri untuk menjahanamkan institusi berkenaan yang sekali gus akan
merugikan orang Melayu,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment