Thursday, February 18, 2016
GEMPAR!!! Insiden Cabul Buskers 'Sengaja Direka' Untuk Burukkan Kerajaan??
“Hati-hati dengan Nepal… aku ngah setup brg busking dpn sogo td.. dia dtg peluk
farah n raba… farah tumbuk sedas…” tulis pemilik akaun Facebook bernama
GENJI Buskers pada 16 Februari lalu jam 10.34 malam.
Status yang turut disertakan dengan tiga keping gambar seorang lelaki
rebah dan berdarah di hadapan Kompleks SOGO, Kuala Lumpur itu dipercayai
warga Nepal yang ditumbuk GENJI tersebut telah dikongsi seramai 58,988
rakan Facebook setakat ini.
GENJI yang dipercayai penyokong tegar mantan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamed itu turut menyelar dan menyalahkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak atas insiden yang menimpa isterinya itu.
Jika dilihat dan dibaca buat pertama kali, ramai yang menimbulkan rasa
simpati kerana jalan ceritanya agak tragis, beremosi dan menarik. Namun
setelah dia mengaitkan ‘ceritanya’ itu dengan meletakkan salah kepada
Najib, ramai juga yang mengutuk tindakan GENJI.
Pemerhati melihat kejadian GENJI ini, adakah suatu cara untuk meraih
simpati secara halus dan berstrategi dengan motif untuk meletakkan
kesalahan dan memburukkan imej Najib selaku Perdana Menteri?
Dengan ayatnya berbunyi “aku tau malaysia akan melindungi penjenayah
macam nepal ni lps ini aku yg kedalam… tq#najibrazak rezeki aku bukan
dikaki lima lagi…” ia dikesan adalah perang persepsi dan propaganda
tahap tinggi dan halus oleh sesetengah pihak untuk terus memburukkan
imej PM.
Malah, penganalisis isu semasa seperti Dr Abdul Rahman Abdul Kadir juga
turut berpandangan bahawa seseorang yang isterinya kena cabul tapi
menyalahkan PM seolah-olah ‘cacat pemikiran’ atau sakit mental,
dipercayai merujuk kepada Genji.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment